Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Jumaat pertama bulan terakhir di bulan Disember, terasa diri ini dalam mimpi yang tak pernah sedar, sedar sedar dah nak habis tahun
KK cuti hari ini, nak membasuh pun tak ada mood sebab hari hujan, KK dah basuh malam semalam baju semua dan buka kipas, kalau lambat kering kan baju kita hapak
Pagi ni alhamdulillah tengok keadaan baju yang hampir kering, kejap lagi balik solat kita boleh simpan dalam almari
Aktiviti petang tiada, cuma malam nanti KK nak keluar pergi makan Seoul Garden kalau jadi, minggu lepas tak jadi sebab dah penuh
Semoga urusan KK dipermudahkan oleh Allah dan kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah, amin ya rabb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan