Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Cuaca pagi tadi hujan, tapi bila nak masuk ke petang ni panas, alhamdulillah, KK masih lagi selamat, kawasan tidak banjir disini
Tapi kalau dilihat kawasan lain di seluruh Pahang agak lumpuh, KK tengok dalam media masa pun agak sedih, banjir teruk yang menyebabkan penduduk dipindahkan
Tapi kalau dalam Kuantan, alhamdulillah masih stabil, kawasan rumah KK masih lagi baik, memang ada kawasan terjejas, tetapi air cepat surut, kat sini memang cepat naik tapi cepat surut
KK hari ini tidak kemana, rasa takut dalam diri ini masih ada nak kesana kemari, jika tiada urusan penting, KK baru keluar, jika tiada KK akan ada dirumah saja
Semoga Pahang kembali pulih seperti sediakala kehendaknya, doakan untuk Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan