Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, baru siap masak ni juadah untuk makan malam bersama teman serumah, hari ni ada seorang cuti, jadi KK masak berdua
Tadi keluar petang, singgah banyak kedai pergi beli barang, jadi balik dah lewat, pukul 5 petang baru sampai rumah ,cepat-cepat KK masak
Tak sangka banyak juga lauk dapat masak, bukan satu tapi empat lauk termasuk telur masin tu, yang itu rebus saja, hahaha
Meriah menu macam nak berbuka puasa, lagipun tadi beli barang kat pasaraya, kalau ikutkan macam-macam nak masak, tapi fikirkan makan bertiga kan membazir
Masaklah apa yang rasa nak makan, menu utama ayam bakar lada hitam, sayur campur tumis dan sardin, telur masin tu tambahan sahaja, gorengan tu singgah beli tadi, hehe
Selamat menjamu selera semua !
meriah menunya
BalasPadamSelamat menjamu selera