Halaman

20/03/2021

Bincang hal kahwin !



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Beberapa hari lepas KK ada pergi lepak makan dengan kawan-kawan, lagipun dah lama tak berjumpa kan, rindu juga

Masing-masing kerja, tapi tak ada apa halangan pun, lepak tetap lepak kan, mana boleh tinggal, hahahaha

Bila dah lama tak jumpa ni, mula lah bersembang hal kahwin, Marni nak kahwin, Danial pun nak kahwin, KK je yang tak laku-laku, hahahaaha

Dua dua pun tahun yang sama, nak nikah tahun 2021 juga, seorang di Kuantan, seorang lagi di Kedah, jauh nun disana, hehe

Alhamdulillah, suka dengar bila masing-masing nak bina masjid, KK hanya mampu berkongsi kegembiraan dan doakan yang terbaik untuk kawan-kawan

1 ulasan: