Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Minggu lepas KK ada dapat tempahan kek untuk hantaran, sebenarnya KK kalau boleh seram nak ambil tempahan sebab kek ni mesti atas dulang hantaran tu
Orang mesti nak tengok, nak membelek, risaunya kek kita ni tak cantik kan, hahaha, kan tak pasal kena kecam, habishlah
Tapi KK beranikan diri juga sebab kek ini kosong, tak ada apa perhiasan, sekadar kek dan KK letak topfer tu sahaja
Kek kosong letak topfer macam tu saja pun dah cantik kan, kemas saja, barulah orang tak kecam kita, hahahaha, KK nak tulis tak reti dan tulisan tak lawa, jahanam kek orang, haha
Langkah senang KK letak saja topfer atas tu, tak boleh makanlah sebab tu plastik, hahaha, harap tuan pengantin buang dulu ye sebelum potong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan