Halaman

14/03/2021

Sayangi kesihatan anda



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pantang ada kedai baru kat Kuantan ni mesti KK pergi cuba juga, lagi-lagi kedai jual air boba, pantang tengok mesti singgah, hahaha

Kaori Cha Kuantan ni baru lagi, KK tahu pun dari facebook, tengok gambar-gambar kemain sedap macam manis saja, hahaha

Tapi macam itulah, kalau selalu sangat tak elok juga kan, manis ni, kalah susu pekat manis, lama-lama kalau tak jaga makan boleh potong kaki terus, hehe

Apapun air ni sedap ! KK cuba yang Thai Milk Tea yang XXL, harga baru RM 6 sahaja berbaloi sebab besar dan banyak

Nanti kalau pergi lagi nak cuba menu lain, banyak lagi jenis air yang ada, kalau nak cuba semua mungkin makan masa sikit, haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan