Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kalau tak jenis sabar memang macam ni, dia kalau nak juga, masa tu juga dia nak, hahahaha, jenis tak boleh bawa berbincang
Kalau ikutkan KK nak buat esok pagi, sebab esok KK cuti kan, tapi memikirkan kalau buat pagi petang baru boleh makan, lambat pula kan
Jadi KK buat terus malam ni, hahaha, KK tak sabar dah, sebabkan bila fikir balik, kalau buat malam ni, letak dalam peti ais, esok pagi boleh terus makan, sejuk sejuk mesti lagi sedap kan,uishhh
Baru bercerita dah kecur air liur ni, esok baru kita tengok hasilnya macam mana, KK dah simpan dalam peti ais, esok baru kita potong
KK buat manis sikit, baru sedap nak makan kan, saja buat banyak nak bagi mak sikit, jiran sikit seorang boleh merasa, tak begitu? hehe
Tak sabar nak tunggu esok !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan