Halaman

14/07/2021

Karipap sardin



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK lupa nak tunjuk hasil karipap yang dah buat minggu lepas, karipapnya pun nak habis, hahaha, biasalah makanan sejuk beku kan, tiap kali lapar mesti KK akan goreng

Hasil karipap KK buat dengan jiran sebelah, yang paling penting KK kelim sendiri tau, satu persatu karipap tu KK kelim, pandai kan KK? haha




Nak kata cantik tu tak adalah, tapi bolehlah setakat nak jadi menantu tu, terjamin perut akan sentiasa kenyang kan, hahahaha

Tak sangka dah berpuluh tahun tak buat, sebab masa sekolah pernahlah tolong mak sekali kelim karipap, itu cerita zaman tok kaduk, haha

Kalau diasah lagi ni mesti lagi cantik hasil kelim tu, tak apa, ini baru percubaan kali pertama, nanti KK akan buat lagi karipap, hehe

2 ulasan: