Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK nak sambung alkisah KK membatalkan temujanji vaksinasi di aplikasi mysejahtera tempoh hari yang telah menyebabkan KK dilabel menolak vaksin, hahaha
Tak adalah, sebenarnya ada sebab KK buat macam tu, temujanji KK bertindan, jadi KK kena pilih antara salah satu supaya KK dapat memberi ruang kepada penerima vaksin yang lain
KK sebenarnya dah dapat tarikh vaksinasi pada aplikasi mysejahtera, KK nak pergi dah, dah buat konformasi pada mysejahtera, tetapi tiba tiba perkara yang disangka berlaku
Nama KK ada pada senarai penerima vaksin di syarikat yang KK bekerja, tarikh vaksinasi pada mysejahtera minggu hadapan, tetapi untuk syarikat KK tu keesokan harinya, jadi KK pilih yang cepatlah sebab jenis tak sabar, hahaha
Untuk tidak ada sebarang pertindihan, KK batalkan di mysejahtera dan pergi untuk vaksinasi bawah syarikat KK bekerja, alhamdulillah
Begitulah alkisahnya sebenarnya, dan KK pun dah mendapat suntikan vaksinasi pertama KK pada 9 Ogos baru baru ini bersama rakan sekerja yang lain sebab kami vaksin sekali
Syukur pada Allah, semoga dengan vaksinasi ini antara ikhtiar kita bagi mencegah wabak Covid19 ini dari terus menular, aminn.
alhamdulillah..tahniah kk
BalasPadam