Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Malam ni kita makan sakan, bukan biasa biasa kita pergi makan shellout tau, anak tekak rimau kot ni, segala benda KK boleh telan, haha
Cik Sarimah yang ajak makan shellout, dia ni memang hantu shellout, suka sangat makan ramai-ramai, tapi seronok sebenarnya
Kami pergi berlima, lagi ramai lagi seronok kan, lagipun lama dah tak membawang, semenjak lain tempat kerja ni, makin banyak cerita
Macam biasa, tak pecah meja tak sah, ada saja cerita, kalau bab bergosip memang boleh serah kat semua, masing masing bercerita taknak kalah
Seronok sebenarnya bila dah lama tak makan, KK pun suka, sedap pula shellout yang ini, walau jauh sikit tapi berbaloi, harga pun okay sangat
Terima kasih Cik Sarimah sebab sudi ajak makan, dan terima kasih semua sebab sudi ajak saya makan sekali, nanti kita makan lagi !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan