Halaman

20/11/2021

Jalan-jalan Kemaman



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak cerita alkisah awal bulan tempoh hari KK ada pergi jalan ke Kemaman, boleh kata ini perjalanan pertama KK selepas boleh merentas negeri

KK pergi berdua saja dengan Atiqah, tak niat pun saja nak jalan-jalan, lagipun dah lama tak jenguk Kemaman, rindu sangat tempat kerja lama

Bertolak dari pagi sebab nak makan tenggahari kat Nostimo's, antara kedai yang KK selalu pergi masa kerja dulu, dah habis makan terus menuju ke Mesra Mall, dalam 20 minit juga perjalanan




Habis pusing ingatkan nak tengok wayang, tetapi cerita tak menarik, jadi lepak saja di Secret Recipe makan kek sambil minum air, masa ni kat luar panas kemain, menitik peluh, haha

Habis lepak kami patah balik ke Kemaman singgah Eco, rupanya eco dah berubah, bangunan baru sekarang, dah lawa, makin besar ! meriah !




Singgah beli churros dan lepak tepi pantai, kami habiskan masa tepi pantai dan petang dah balik, sebelum balik singgah beli keropok lekor dulu, KK beli untuk mak

Seharian berjalan, alhamdulillah,.bolehlah mengubat kerinduan jenguk tempat lama, KK baru rasa angin Kemaman, haha, rindu sangat !

Kalau ada rezeki, nak pergi lagi jalan-jalan, insyaAllah kalau ada rezeki nanti, aminn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan