Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kita sambung lagi bab makan, haha, lepas pada makan laksa tadi kan kita teruskan misi mencari celup tepung.
KK jenis makan sotong saja, ikan ke udang ke ketam memang kurang, jenis minat sotong, hahaha, hadap sepinggan pun habis.
Makan pula tepi pantai kan, masa ni angin kuat sangat, memang ramai orang tetapi terkawal sebab meja banyak, tak berebut pun.
Sambil makan sambil bergosip, mujurlah kawan KK jenis malayan, anak anak dia pun memberi kerjasama yang baik, syukur sangat
Habis makan kita pergi pusing bandar pula, kita pergi tengok tarikan terbesar di Terengganu iaitu Terengganu Drawbridge ! Tak datang sini tak sah tau wajib singgah, haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan