Halaman

19/08/2022

30 hari


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mungkin ceritanya sampai disini sahaja, KK dah buat keputusan, dan KK rasa ini keputusan yang betul, KK dah tak larat nak menipu diri sendiri.

KK dah seminggu hantar notis berhenti kerja, setelah berbincang dengan diri sendiri, mak ayah KK, jadi beginilah kisahnya.

KK ambil keputusan untuk undur diri dari tempat kerja sekarang, satu keputusan yang agak sukar sebab KK sayang akan kerja disini.

Tapi apakan daya, KK rasa cukuplah sampai disini, KK buat keputusan untuk diri sendiri, demi jaminan masa depan KK yang entah terang ke gelap, hahahaa

Kita hanya mampu merancang bukan? tuhan yang menentukan segalanya, KK berserah sepenuhnya pada Allah yang maha-Esa.

Berbaki lagi tiga minggu, semoga semuanya akan baik baik sahaja, doakan KK semua.

1 ulasan: