Halaman

19/04/2023

Ramadan 28 : Berkemas


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sebenarnya tahun ni KK beraya di kampung, tapi bukan kampung sendiri, kita menumpang kampung orang lain, haha.

InsyaAllah jika tiada aral, KK akan beraya di Mentakab, kita tumpang raya rumah kak tirah, saja nak raya kampung orang, bukan selalu

Selama KK hidup ni, boleh kata mana pernah raya luar Kuantan, masa kecil tu adalah balik kampung tu, tapi dah besar memang raya Kuantan sajalah.

Jadi tahun ni KK nak buat kelainan raya kampung orang, hahaha, KK akan pergi hari Jumaat, tak kisah lah raya Jumaat ke Sabtu, KK tetap pergi Jumaat, tak kira !

Semoga dipermudahkan urusan KK, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan