Halaman

31/07/2023

2H1M : Cameron Highlands (4)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk sesi malam pula kami pergi makan steamboat, lama dah tak makan steamboat, dekat Kuantan banyak saja, tapi saja nak juga atas awan, hahaha.

Tapi kedai steamboat tu dekat saja, dalam 5 minit dah sampai dari hotel sebab sebelah Centrum saja, jadi tak adalah nak menghadap sesak.

Sedapnya makan steamboat kena pula angin sejuk suasana malam, dengan orang tak ramai, beronok ronok kita tambah lauk, haha.





KK makan di De Kayangan Steamboat & Grill, kat sini puas hati, banyak pilihan, siap ada aiskrim dengan waffle buat sendiri, hahaha, KK tak boleh semua kena rasa kalau tak rugi nanti.

Dah kenyang melantak, mujurlah tak kena halau, sebab duk ulang alik ambil makanan laut, tambah air, tambah ayam lah, makan kenyang betul




Dah puas makan jalan pula ke sebelah iaitu Cameron Centrum, kat sini macam-macam kedai ada, tapi disebabkan dah makan, pusing-pusing saja menikmati angin malam.

Habislah untuk hari pertama, esok dah balik, balik hotel tidur lena sebab perut kekenyangan, haha

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan