Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tiba hari yang tidak diinginkan, iaitu hari terakhir KK di Surabaya, hari kelima KK bercuti kat sini, sedih rasa, bangun pagi pun malas, haha.
Rasa macam tak nak.balik, macam tu lah kalau berjalan, nak berjalan lagi, nak pusing lagi, biarpun duit dah nipis, hahahahaa
Untuk hari terakhir ni sarapan seperti biasa di hotel, dan kami bergerak ke Kampung Warna Warni Jodipan, kat sini luas kampungnya dan bersih, paling penting meriah dengan warna !
Ada jambatan menghubungkan dua kampung, jadi boleh meniti jambatan, jambatan pula tapak kaca, aduh seram, kita ni jenis gayat, hahaha.
Tapi seronok, banyak port bergambar, kalau nak berjalan jenis rumah berbukit, jadi ada turun naik tangga, datang pagi ni pun dah panas, padahal baru pukul 9, hehe.
Habis saja pusing sini, masa untuk makan sebelum dihantar ke lapangan terbang, penerbangan pukul 3 petang, tapi perjalanan nak ke situ jauh, kena bertolak awal.
Makan tenggahari ni kami dibawa ke satu kedai jual sup buntut sapi, hahaha, tapi bukan buntut tu, dia jual daging dengan lemak daging tu, sedap betul !
Uniknya nasi dibungkus dalam daun pisang, jadi nak tambah tak malu sebab memang dah bersusun atas meja, hahaha, tinggal ambil dan makan.
Dah habis makan tiba masa untuk kembali ke sarang, perjalanan dari bandar Malang ke Surabaya tiga jam, masa ni sempat tidur lagi, haha.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan