Halaman

06/07/2024

(P3) 5D4N : Dalat | Ho Chi Minh | Vietnam | 2024



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi ni kami bertolak awal, sebab nak pergi ke Air Terjun Datanla, kat sini ada roller coaster tu, tak sabar nak sampai, tapi nak ke sampai tu lima jam juga, haha

Kami antara yang terawal, jadi beraturlah naik benda tu, tapi disebabkan kumpulan kami ni penakut,naiklah berdua, padahal boleh je naik seorang, hehe



KK naik dengan Kak Fiza, Kak Tira dengan Nabila, pinjam anak dara orang, hahaha, laju pula kereta luncur ni, haha, bukit pula tinggi tinggi, kitanya geng penakut, mujur ada tali pinggang kaledar

Tapi bila dah sampai bawah dekat air terjun tu memang cantik sangat, permandangan tu tenang saja, laju air terjun tu dari bukit





Habis bergambar nak balik tu kena naik semula kereta tu, hahahaha, naik bukit pula kitanya gayat, kelakarlah naik dengan Kak Fiza, hahaha, 

Lepas tu perjalanan diteruskan ke Clay Tunnel, kat sini asalnya monumen dibina dengan tanah liat, tapi bila dah jadi wisata, tambahan tu semua pakai simen, tapi sangat menarik.




Selepas itu pergi ke Crazy House, tempat ini asalnya hotel dengan binaan yang pelik-pelik, tapi disebabkan ramai sangat pelancong datang, terus jadi tempat wisata, menarik kan?





Bersambung...

Untuk tonton video penuh percutian KK di Vietnam, boleh klik --> 5D4N Dalat 2024

Tiada ulasan:

Catat Ulasan