Halaman

06/07/2024

(P6) 5D4N : Dalat | Ho Chi Minh | Mui Ne | 2024

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersambung lagi kita untuk episod seterusnya hari yang ke-4, esok dah balik, haha,jadi untuk hari ini kami dah di Ho Chi Minh, hotel betul betul di Malaysian Street, sebelah dengan Pasar Ben Thanh, tempat ala ala pasar payang tu, haha

Sarapan di hotel dan terus bergerak ke Mekong Delta, kat sini kami dibawa ke tengah pulau tu, naik bot pula disajikan dengan air kelapa, sedap sejuk saja, lepas dah sampai terus ke kilang kelapa, dekat sini banyaklah jual produk makanan berasaskan kelapa, KK banyaklah borong sebab nak bawa balik.





Habis kilang kelapa,kami ke dalam pulau pula naik sampan pula, seronok naik sampan, macam hutan paya bakau, jadi dalam pulau ni ada perkampungan, pendapatan mereka bergantung pada pelancongan, tapi rumah lawa lawa, kalah rumah kita, haaha

Habis pusing, makan tengahari dulu baru keluar dari Mekong Delta, dan kami pun terus balik ke hotel dan aktiviti bebas, tapi malam ni ada aktiviti pusing bandar Ho Chi Minh dengan naik bas yang tak ada atap tu, ala ala dekat KL tu.




Dekat KL tu pun KK tak pernah naik, tiba tiba kita naik yang dekat Vietnam, hahaha, tak apalah, kita cuba, lagipun tak datang dah sini, hehe, pengalaman tu yang mahal, jadi satu pusingan ni makan masa satu jam

Kita akan dapat tengok betapa cantiknya bandar Ho Chi Minh di malam hari, memang cantik sangat ! KK pun tak sangka secantik ini, boleh kata tak rugi sebab kita nak kumpul kenangan untuk akan datang.






Selesai hari ke-4, balik hotel dan tidur !

Bersambung...

Untuk tonton video penuh percutian KK di Vietnam, boleh klik di ---> SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan