Halaman

24/10/2012

Lesen L & P Motosikal !



Assalamualaikum,

Hari ni kimi nak bagi toturial atau panduan kepada semua yang baru atau tengah mengambil lesen motosikal , kimi sudah lama dapat lesen

Mungkin ada yang masih tak tahu cara-cara nak buat lesen dan ada yang tidur semasa ceramah, hehe, biasalah tu.

Kimi nak kongsikan cara-cara nak dapatkan lesen motor L dan lesen motor P.

Lepas raya sudah dapat lesen , alhamdulilah , semua berjalan lancar cuma ada tersangkut seketika di ujian statik . ok , tapi semua itu sudah berakhir ,  jadi sekarang kita mulakan !






Fasa 1 :-
* Lesen L & P motosikal berharga RM 261 , kimi buat lesen di PMC Beserah, Kuantan .

* Buat pembayaran penuh dan pilih hari nak ambil kelas ceramah hari apa . biasanya sabtu atau ahad .

Fasa 2 :- (Ceramah)
* Hadiri hari ceramah , ceramah biasanya 8 jam dan ada rehat 1jam . kelas ceramah biasanya bercampur lesen motosikal dan lesen kereta , fokus memang diberi kepada orang yang mengambil lesen kereta , tapi ada juga diselit-selit untuk lesen motosikal .

Dengar ceramah memang bosan , jadi memang ada orang yang akan "cium meja" , hehe .

kad pintar e-driving !
* Masa kimi hadir kelas ceramah , kad pintar seperti diatas akan diberi kepada semua calon , sebelum kad diberi , cap jari akan diambil untuk disave kedalam kad tersebut , ini bertujuan untuk kesan kad itu kad anda . simpan baik-baik kad itu kerana akan digunakan untuk ujian statik . ingat ! jangan hilangkan .

*ujian mata dan ujian warna dijalankan sebelum mendengar ceramah , jadi jawab dengan betul .

Fasa 3 :- (Statik)
* Selepas habis dengar ceramah , boleh ke kaunter yang terbabit untuk membuat temujanji mengambil ujian statik , ujian statik ujian komputer yang  mengandungi 50 soalan , tidak termasuk ujian warna dan mata (nombor dan huruf) dan minimum betul untuk lulus adalah 42/50 soalan  ,

jadi kena jawab betul sekurang-kurangnya 42 soalan , kalau betul 41 pun dah kandas , kena ulang balik , dan paling penting , apabila ulang balik kena bayar ,

kimi bab ni je yang kandas , pertama kali dapat 39 betul , kali kedua kena bayar RM17 , *hangus duit kimi , dan kedua dan seterusnya RM30. jadi kalau tak nak duit hangus buat betul-betul . kali kedua kimi dapat 45 betul , itupun pucat sampai muka .

* Semasa menghadiri ujian statik , bawa kad pintar dan i/c , kalau tak bawa , memang orang tu tak boleh nak tolong , sebab semua pakai online dan komputer , penting bawa 2 benda tu .

* Lepas habis ujian statik , gambar akan diambil , dan dikenakan bayaran RM10 .

* Buku contoh-contoh soalan boleh dibeli di PMC berharga RM5 .

* Kimi buat ujian ini di MyEg , di IM tak silap , IM berapa pun kimi tak ingat , hehe , sorry .

Fasa 4 :- (Ceramah L)
* Selepas sudah lulus ujian statik dengan jayanya , *konon , hehe , bawa slip atau kertas yang menunjukkan anda lulus kepada kaunter PMC yang terbabit . lulus atau kandas slip akan diberi juga .

* Pilih satu hari untuk mendengar ceramah kali ke-2 , *adoii , ceramah lagi , tetapi inilah realitinya , ceramah kali ni lagi best sebab  lebih kurang mula pukul 10 pagi balik pukul 4:30 petang , 2 kali rehat .

* Ceramah akan berkisar tentang penggunaan motosikal , jalanraya , trek atau litar jalanraya di PMC dan komponen-komponen motor yang asas seperti gear , brek , handle dan lain-lain .

* Selepas rehat ke-2 , calon-calon boleh menunggang motosikal di atas trek motosikal yang disediakan.

* Cikgu akan memberi penerangan secara asas dan tak berapa detail .



selepas habis sesi ceramah BARU DAPAT L , mungkin memakan masa 1 minggu untuk memproses lesen , beri 1 foto bersaiz passport kepada PMC apabila diminta

Lesen L kimi yang sudah mati !

Fasa 5 :- (Latihan)
* Selepas dapat lesen L , tak silap kimi kena tunggu 1 minggu dulu , baru boleh buat latihan untuk mengambil lesen P pula .

* Kad akan diberi untuk di tandatangan oleh cikgu2 PMC , jadi setiap kali pergi latihan , bawa kad tu , habis latihan , cari cikgu dan suruh dia tandatangan .

* Pergi 4 kali dah boleh lepas latihan , tapi kena buat bersungguh-sungguh la , kalau tak faham terus tanya cikgu .

* Kalau sesiapa yang ambil lesen di PMC Beserah , kimi cadangkan pergi latihan hari sabtu , sebab cikgu akan kawal ketat , dia akan tengok satu persatu secara detail .

* Selepas siapkan 4 atau 5 kali latihan , bolehlah buat temujanji untuk ujian kelayakan .

Trek / Litar PMC :-
* Nombor 8 : bulatan berbentuk no.8 , calon perlu membuat pusingan 3 kali .

* Titi : Jalan di atas titi , Minimum masa : 7 saat tanpa jatuh , masa kurang akan kandas .

* Brek kecemasan : Guna gear 1@2 dan bawa laju-laju dan apabila masuk line kuning yang 1 .... breekkk ! jangan lebih dari garisan kuning yang ke-2 . kalau lebih akan kandas .

* Lampu isyarat : Selepas brek , berhenti di lampu isyarat .

* Buat 7 langkah :-

  1. Check helmet (pegang di tali helmet dan helmet)
  2. Tolak motor (kehadapan dan kebelakang , ini bertujuan untuk memastikan free gear)
  3. Start enjin (start macam biasa)
  4. Check lampu (letak tapak tangan di lampu motor sambil tekan button lampu tinggi dan rendah)
  5. Pnndang belakang belah kanan (pusing badan betul-betul ke belakang)
  6. Pandang belakang belah kiri 
  7. Pusing sekali lagi disebelah kanan . Jalan !

Fasa 6 :- (Kelayakan)
* Ujian kelayakan adalah ujian seperti ujian JPJ , tetapi ujian kelayakan bersama cikgu PMC , mereka akan menilai anda dulu dan menentukan adakah anda layak untuk menduduki ujian bersama JPJ .

* Ujian ini sama 100% yang belajar di latihan , ada 3 bahagian :-
  1. Nombor 8 (bulatan berbentuk 8)
  2. Titi , brek kecemasan dan lampu isyarat (7 step)
  3. Selekoh dan berhenti di garisan penamat 
* Setelah lepas , bolehlah membuat temujanji bersama JPJ , biasanya PMC akan tentukan tarikh dan hari bersama JPJ.

* Kelayakan pun kimi tak lepas kali pertama , sebab titi tak cukup masa (6 saat) , kali kedua baru lepas dengan (9saat).

Fasa 7 :- (JPJ)
* Ujian JPJ memang tak boleh pilih , orang PMC akan tentukan , jadi kena datang dengan waktu yang ditetapkan .

* Ujian ini sama seperti kelayakan , tetapi jikalau kandas kena bayar , kos kimi tak pasti sebab kimi tak kandas kat sini , dengar-dengar mahal juga .

* Semasa buat ujian bersama JPJ , mereka akan teliti 100% dengan ketat . Jadi buat betul-betul .

* Kalau lepas , JPJ akan beri satu surat pengesahan bahawa anda lulus .

* Bawa surat itu ke kaunter yang terbabit dan beri 1 foto bersaiz passport.


Selepas 1 atau 2 minggu , BARU DAPAT P , boleh lah bawa pembonceng lepas tu .
Lesen P , bewarna peach . 

Tapi harus ingat ! :-

  • Segala info ini berdasarkan pengalaman kimi sendiri , berkemungkinan di tempat lain berlainan cara pengurusannya .
  • Segala fasa-fasa yang diberi adalah bukan seperti modul PMC , tetapi kimi sendiri , ini bertujuan untuk memudahkan dan menyenangkan pembaca untuk faham .
  • Mungkin info ini ada kekurangan , sebab kimi tak ingat 100% segala perjalanan , sebab kimi dah dapat lesen dah lama .
  • Masa perjalanan untuk mendapat lesen bergantung kepada individu , kalau banyak kali kandas , mungkin masa semakin lama , kerana harus mengulang .
  • Hari ceramah atau kelas bergantung kepada calon atau pihak PMC akan tentukan hari dan tarikh anda akan menduduki segala perkara ceramah mahupun latihan .
  • Berpakaian kemas dan sopan , ikuti etika pemakaian yang ditetapkan pihak PMC . Perkara ini akan diberitahu semasa di Fasa 1 , Biasanya pihak PMC akan pesan awal2 sebelum anda menghadiri ceramah di Fasa 2.


ok , itu saja yang kimi ingat , mudah-mudahan segala info kimi beri dapat memanfaatkan kepada semua calon-calon yang bakal menduduki lesen motosikal .
Kalau ada terkurang akan kimi tambah , apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah , bye :)



31 ulasan:

  1. mantap! penerangan yang sangat menarik dan sangat membantu kalau ada orang baru nak amik lesen!
    kalah Cikgu Memandu macam saya nie!

    Cikgu Salim of Metro Driving Academy Pudu Kuala Lumpur
    www.facebook.com/metrodrivingpudu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah, terima kasih cikgu Salim :)

      sekadar berkongsi ilmu :)

      boleh dijadikan rujukan :)

      Padam
  2. pening kepala baca.. huhu.. tapi berguna jga entri ni..! :D

    BalasPadam
  3. Contohnya : saya telah ambil jpj tahun lepas dan hanya lulus bhg 3. Baru2 ni saya ambil ulangan dan lulus bhg 2. Tetapi, kertas jpj utk bhg 3 tahun lepas telah hilang. macam mana ya kalau kertas tersebut hilang ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk pihak PMC atau cikgu masa awak belajar, rasanya ada rekod salinan

      Padam
  4. hi kimi nk tnye ni kimi amik lesen dulu tine umor bape ye ? sbb ingt thun dpan saye nk amik lesen moto la ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu cnth thn dpn umur saye gnap 16 thn dh bole amik lesen dh kan? mintak pertolongan KK ... tq

      Padam
    2. tak pasti lah, sbb masa KK dulu syarat 17, sekarang tak pasti, betulkan kalau KK salah..

      Padam
    3. Motor 16 thun,kereta 17 thun,lain2 21thun dn ke atas

      Padam
  5. saia dah ade lesen L skrng ni nak dapat lesen P bile???lepas bwat ujian dgn jpj ke

    BalasPadam
  6. Nak tanya ni contoh saya ada class kalau waktu ceramah tu kita aturkan contoh sabtu ahad bole ke ? Respond please

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tanya pihak yang mengurus, jika ada kosong, boleh saja nak masuk

      Padam
  7. Assalam saya nak tanya . Saya dah ada lesen memandu D . Tapi belum ada langsung lesen B . Macam mana ya ?.kena mulakan semula ceramah & ujian komputer ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,

      sistem sekarang dah berubah, jadi kalau dah ada lesen D, nak buat lesen B2, kena ambil dari mula, statik, ceramah sampai habis

      Padam
  8. selepas ujian komputer tamat terus dpt lesen L ya?

    BalasPadam
  9. selepas dah dapat L boleh bawa motor pergi mana2 ke ????

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, dgn syarat tampal sticker "L" dan bawa motor seorang diri

      Padam