Halaman

19/02/2013

Mana beg ?




Assalamualaikum,

Kimi nak cerita satu insiden negatif yang terjadi pada kimi petang tadi .

Lepas balik sekolah memang dah niat nak pergi Cowboy untuk beli botol air baru , disebabkan botol air kimi yang lama dah pecah di penutup , jadi air selalu tertumpah , jadi kena la beli yang baru.



Jadi lepas balik sekolah , terus bawa motor sampai ke Cowboy dengan meera , tak balik tukar baju , malas sebab jauh , jadi redah kejap dengan meera , dia ok saja kalau bab2 berjalan ni , haha.

Sesudah sampai di Cowboy , parking la di tempat motor yang disediakan , motor kunci , helmet simpan , cuma beg saja letak atas motor macam tu saja , lagipun dalam beg ada buku rujukan , fail dan bekas pensil dan ada la barang2 yang tak berapa berharga .

Konon2 tak ada lah orang nak curi , sebab ada buku , jadi masuklah Cowboy dengan gembiranya , padahal nak beli botol air saja , haha , jalan punya jalan , pusing punya pusing , ada lah dalam 30 minit dalam tu , lepas dah siap2 bayar , keluar la Cowboy.



Sambil jalan nak sampai kat motor , dari jauh tak nampak beg kimi , nampak beg meera saja , jadi kimi ingat beg mungkin terjatuh , ok lagi , lepas sampai , ehh ? mana beg kimi ,beg meera ada , cuba tengok2 kat tepi motor tak ada la pula kelihatan beg kimi , ok ! cuba fikir positif lagi , cuba la tengok2 sekeliling tempat parking tu , mana tahu mungkin ada , tapi masih tak jumpa lagi.

Hati dah rasa tak sedap , rasa memang lain , mulalah fikir negatif , kena curi beg kimi ni , lepas tu start motor , pusing2 Cowboy mungkin orang yang curi tu baru nak gerak atau orang gila yang berkenan kat beg kimi tu , pusing punya pusing tak ada juga , pusing2 tu juga berkemungkinan orang yang "terambik" beg kimi tu campak atau buang , jadi kimi boleh kutip balik .

Lepas dah meliar-liarkan mata , masih tak jumpa , dah rasa nak nangis masa tu , meera kat belakang ni , cuba tenangkan kimi cakap sabar2 , kimi masih rasa nak cari lagi , cuba la masuk simpang2 , tak ada juga , sampaikan kimi jenguk tong sampah nak cari .




Lepas kecewa , kimi dengan meera pun balik dengan hati yang tersangat kecewa , mmmm, nak buat macam mana kan , dah tak ada rezeki , kimi sayang , sebab dalam beg tu ada buku rujukan kimi .

Dalam beg tu ada buku rujukan STPM kimi 2 buah , fail2 kerja sekolah , bekas pensil , dan yang paling sayang kunci pintu pagar rumah , kunci bilik kimi dan pendrive ada dalam tu , dalam pendrive tu ada macam2 , gambar , kerja2 PBS , lagu dan macam2 . mmmmm

Mungkin orang ingat beg kimi ada laptop , sebab kimi memang beli beg laptop , sebab beg jenis ni besar dan banyak barang boleh isi , lepas itu , beg kimi nampak macam kembung , kebiasaannya beg laptop akan kembung sebab material beg tu tebal , nak tampung laptop , mmmmm, sayang sangat !

Nak buat macam mana , dah tak ada rezeki , kalau Allah tu tak nak bagi kita , mungkin ada sebab , kimi fikir , setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmatnya , yang paling penting jangan cuai macam kimi .

Ok itu sahaja luahan hati malam ni , sedih ! :(



2 ulasan:

  1. lain kali hati2... walaupun x ada barang yang berharga sangat pada kita...tapi kita still perlukan barang tu kan? kalau dah bawak beg...bawak jer ke mana kita pergi... jangan tinggal2kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmmmm , saya memang cuai pun , nak buat macam mana , benda dah lepas , btw thanks for the advice :)

      Padam