saya & maggi , ahaks ! |
Assalamualaikum ,
Jadi ini sambungan untuk part 1 , siapa2 yang tak tengok lagi part 1 , boleh klik SINI .
Semasa di part 1 , baru hari pertama di SL , lepas kakak kimi balik tu , kakak kimi hantar kitaorang di rumah tokcik , gambar yang ditangkap dah nak penuh memori kad , jadi kena masukkan kedalam laptop .
Lepas sampai kat rumah tokcik , tokcik terus suruh makan , macam tahu2 saja yang kitaorang dah lapar , hehe , yelah , makan pagi saja , masa tu dah pukul 4 petang , memang lapar la.
Sesi Menjamah-Mesra bersama Tokcik !
Tokcik masak ikan pedas , telur goreng dengan sayur campur , sedap ! Sebenarnya kimi memang dah tahu tokcik masak memang pedas , sebab kalau dia masak mee segera , memang dia letak cili api 2-3 biji dalam mee segera tu , jadi masa kuah ikan tu , kimi ambil sikit saja , si farah dengan si arif , ambil sampai nak jadi kuah dah , sampai nak tutup nasi , lepas 2-3 kali suap , arif minta air , haha , kimi dah agak , si farah yang memang dah perasan senario yang berlaku , cakap .....
"Dahaga sangat arif ?"
(sambil gelak2 kecil)
Haha , arif dah nak berpeluh , haha , memang kelakar , kimi nak gelak tokcik ada , tokcik tanya , sedap tak ? kimi cakap sedap , haha , arif 2-3 kali teguk air , sebab kepedasan , farah ok lagi , lama2 teguk air juga , tak tahan katanya .
Lepas makan , basuh pinggan sendiri , tak ada bibik kat rumah tokcik , self service gituh !
Sesi Membasuh Pinggan bersama Bibik Arif !
Nama Mesra : Bik Arif
Pengalaman : 18 tahun
Asal : Vietnam
Haha , kesian arif , hehe , lepas makan , kitaorang pergi mengadap laptop , masukkan gambar yang penuh dalam kamera , sebab esok nak tangkap lagi , memori 4gb saja , video lagi . jadi untuk langkah selamat , simpan dalam laptop , dan buang semua gambar dalam kamera , biar kosong .
senyum kambing (kekenyangan) |
Jadi masa dah nak maghrib , masa untuk mandi dan bersiap2kan diri , haha , jadi program di malam hari bukan terhenti tidur saja , tidak sama sekali , tetapi kitaorang masak mee segera ! wuuhuu !
Sebab ada bibik yang mahir 18 tahun kan , haha , bersama chef farah , pakar dalam masakan panas sejak dalam perut ibu , haha , jadi mee segera jadi special oleh air tangan 2 orang chef yang terkemuka .
Mesti pelikkan ? orangnya 3 saja , tapi masak 4 bungkus , haha , arif la suruh masak 4 bungkus , dia cakap terlebih lapar pula , haha , *padahal kena penangan ikan masak pedas pagi tadi , hehe . jadi masak la 4 bungkus...
Lepas itu , tanya tokcik nak ke tidak , sebenarnya saja2 offer , kan tak pelawa kan terasa pula , jadi pelawa , tak disangka , tak diduga , nak juga rasa sikit , haha , nasib la masak 4 bungkus , lagipun masak sekali , jadi mesti ada yang ambil lebih atau ambil sikit , jadi elok masak banyak .
arif punya *bulat comel telur ! |
farah punya *cili tuh ! |
kimi punya *kena juga sikit cili |
Lepas selesai makan bersama-sama dengan tokcik , tengok balik video2 pagi tadi , main game sekejap dan tidur , arif la tidur dulu , sebab tu dapat snap gamabr dia tidur , macam hantu dah , haha :)
bibik tidur . |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan