Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,
Alhamdulilah , kimi sudah menyiapkan kedua-dua PBS dan sudah pun menghantarnya dengan selamat dan bangganya , haha , lega sikit otak.
Tetapi , perjalanan untuk menyiapkan PBS ni , bermacam-macam halangan dan cubaan yang kimi alami bersama rakan2, memang perit dan pedih sekali pengalaman itu , tapi kita perlu positif dan berani untuk terus melangkah ke hadapan !
Kisah PBS Sejarah !
Petang sabtu yang lepas, kimi kena hantar PBS kat cikgu , sebab hari jumaat lepas tak sempat, jadi cikgu nak ambil harini.
Sepatutnya minggu lepas dah kena hantar , tapi memang tak sempat, jadi cikgu cakap dia nak harini,
Kimi dah siap, cuma ada penambahan yang perlu, nak print kedai pula tutup, semangat kimi bangun awal sebab nak print kononya , tapi bila sampai kedai tutup.
PBS SEJARAH ! |
Kimi pun balik , dalam pukul 11 tu kimi pergi lagi, masih tutup, lepas tu mesej tasya, pergi rumah dia dan print kat sana, nasib baik sempat.
Cikgu cakap nak ambil dalam pukul 1, masalahnya, kita orang tak siap lagi, haha , tengah2 susun pbs..
Cikgu call ! melompat semua , haha, cikgu cakap lagi 10 minit dia sampai , huwwaaa ! Kitaorang tak binding lagi PBS.
Farah start enjin motor , rempit lah sampai kedai sebab nak binding, sampai2 orang pula ramai, hadoii!
Lepas orang dah tak ada, cakap kat akak tu nak binding, tiba-tiba akak tu pula cakap
"nak ambil bila ni ? petang sikit ? sebab akak tak pandai"
Huwaa !! terus farah cakap , tak boleh kak , cikgu tunggu kat depan dah , memang masak la, farah pun cakap , tak apa kitaorang boleh buat sendiri,
Lepas tu ,buat sendiri, boleh la ganti tauke lepas ni, haha , akak tu tengok saja , kita orang yang buat sampai siap , macam kedai sendiri pun ada , haha.
Sampai di masjid, di mana tempat cikgu nak kutip PBS , snap gambar dulu , sebab lepas ni tak boleh dapat dah , jadi kenangan saja.
Akhirnya , inilah hasilnya :)
Untuk Pengajian Am pula , macam2 juga masalah dan kekangan yang berlaku , ada satu hari balik rumah pukul 1 pagi sebab pergi print rumah tasya , memang gila , nasib si farah ada sekali, sebab dia pun print sekali , at last , siap juga :)
PBS PENGAJIAN AM |
Kimi jadikan segala pahit manis dalam menjayakan PBS ni sebagai satu pengalaman berharga dalam hidup kimi dan bersedia untuk menempuh alam universiti nanti :)
#bersedia untuk perbentangan !
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamthanks combi :)
Padamini untuk penggal 2
BalasPadam