Assalamualaikum ,
Lama kimi tak update blog , memang lama , buka laptop untuk online pun tak , laptop guna untuk buat kerja, minggu ni memang minggu yang betul2 sibuk.
Jadi , alhamdulilah , kedua-dua PBS kimi sudah siap dihantar dan sudah siap dibentangkan , alhamdulilah kerana kimi mendapat respon yang baik dari guru sejarah dan guru p.am , kedua-dua berpuas hati dengan pembentangan yang kimi jalankan.
Ok , untuk PBS P.AM , tak boleh ambil gambar , sebab PBS P.AM ni formal dan mengikut syarat , hanya guru penilai dan calon sahaja di dalam bilik pembentangan , calon lain tunggu di luar , jadi sebarang pembentangan adalah rahsia dan memang private .
Tetapi untuk sejarah lain, pembentangan lebih santai kerana semua calon boleh turut serta dan sama-sama berada di dalam bilik pembentangan, lebih santai , tetapi jangan buat bising , hehe , bolehlah ambil gambar dan sebagainya .
Sesi pembentangan rakan2 dan tajuk :
Danial : Amalan Masyarakat Melayu
Athirah : Batik
Chong : Amalan Masyarakat Cina apabila Tahun Baru Cina
Marni : Tenun
Farah : Batu Caves
Thiban : Bandar Raub
Tasya : Kampung Baru , KL
Farhan : Batik
Bawani : Perkahwinan Masyarakat Tamil
Jadi , selesai sudah pembentangan dan bersedia untuk peperiksaan pula , lepas pembentangan cikgu memilih 5 orang calon yang akan membentangkan sekali lagi di hadapan penilai daerah yang akan datang ke sekolah kimi .
Calon-calon yang terpilih adalah athirah , farah , tasya , kimi dan danial , alhamdulilah , kimi terpilih untuk membentangkan PBS kimi di hadapan penilai daerah , mungkin markah naik sikit , hehe.
Walau apapun , PBS dah habis , jadi fokus sekarang kimi untuk peperiksaan sahaja dan belajar untuk ulangkaji . mungkin lama lagi lah lepas ni tak update blog .
#minggu depan kimi trial ! huuwaaa !
Dah bentang kat penilai daerah ? Huaa , kami pun kena jugak . All the best for u ! :D
BalasPadamGood luck utk stpm penggal 2 :)
NICE BLOG ^^
Untuk Pengajian Am saya tak terpilih , tapi Sejarah saya terpilih :)
PadamGood luck too !
Thanks :)
kimi tak pasti nak bagi tips macam mana, tapi yang kimi boleh beri adalah fokus dan baca apa yang cikgu beri, sebab apa yang cikgu bagi lebih mengikut skema stpm dan buku rujukan kadang2 tak perlu, rujuk guru matapelajaran.
BalasPadam