Assalamualaikum,
Sponsor dan penipu? Pasti topik seperti ini menjadi buah
mulut dan perbualan di antara blogger-blogger otai mahupun newbie.
Perjalanan blog tidak akan berseri dan meriah tanpa giveaway
atau contest mahupun segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger kini.
Seperti kata pepatah Melayu, di mana ada gula,disitulah ada
semut, pepatah ini sangat sesuai menggambarkan maksudnya tiada gunanya adanya
GA atau contest jikalau tiada sponsor.
Tetapi, topik mencari sponsor pasti menjadi “cerita seram”
ataupun trauma dalam kalangan blogger harini, kerana mereka kadangkala ditipu
ataupun sponsor lari.
Pasti kejadian seperti ini menjadi titik hitam kepada
blogger tersebut ditambah pula trauma yang semakin menjadikan dunia blogger
yang dulunya meriah dan berseri menjadi suram dan kelam.
Sememangnya kita tidak meminta ini berlaku dan terjadi,
tetapi jika takdir sudah tertulis begitu, apakan daya sebagai umat manusia yang
serba kerdil ini.
Perkara seperti sponsor tidak mahu bertanggungjawab, sponsor
penipu, sponsor lari dan juga pelbagai lagi cerita berkenaan sponsor kalau
dikumpul oleh buah mulut blogger sekalian pasti tidak akan habis seperti
mengeja abc hingga z.
Kejadian seperti ini kadangkala boleh dikatakan menjadi
lumrah hidup, kerana tidak semua yang berlaku akan manis belaka, pasti ada
sedikit kenangan pahit yang harus ditelan.
Oleh itu, ramai blogger yang ingin membuat GA mahupun segmen
tidak mencari sponsor untuk mengajurkan GA mereka tetapi blogger itu sendiri
yang sponsor GA mereka sendiri. Hal ini dapat mencegah kejadian menipu atau
hadiah tidak diperolehi oleh pemenang.
Jika ditanya kepada kimi, pernahkah ditipu? Pernahkah hadiah
tidak dapat? Soalan cepumass seperti ini sering menghantui para blogger yang
kimi pasti dielakkan oleh mereka, tidak kira blogger otai mahupun newbie, jika
blogger otai, pasti banyak lagi pahit yang ditelan dari awal berblogging
sehingga kini, benar bukan?
Kadangkala, para blogger yang join GA semua ni, bukan nak
hadiah sangat pun, bukan batak sangat pun hadiah tu, tapi nak tolong, nak
sokong, terutama blogger newbie.
Betul, mungkin pasal hadiah tu no.2, no 1 Cuma nak bagi
sokongan ke atas blogger yang baru nak naik, follow blog, like fanpage dan
sebagainya.
Dan mungkin juga hadiah tu, wang tunai RM50, hadiah barangan kecantikan, dan yang paling di tunggu-tunggu hadiah misteri kan? mesti tertanya-tanya apakah hadiahnya.?
Dan mungkin juga hadiah tu, wang tunai RM50, hadiah barangan kecantikan, dan yang paling di tunggu-tunggu hadiah misteri kan? mesti tertanya-tanya apakah hadiahnya.?
Tetapi, bila dah menang, tolong jujur, sebab apa tau,
contoh, hadiah tu topup RM5 ataupun mungkin keychain,padahal benda tu boleh dapat je kat pasar malam rm5 satu,tetapi, awak telah bagi harapan kepada blogger tu untuk
join, faham tak HARAPAN ? tak faham, sila rujuk kamus atau wikipedia.
Hehe, setakat ini, alhamdulilah, kesemua GA atau Segmen yang
kimi masuk dan menang kimi sudah peroleh, Cuma ada satu cerita yang kimi nak
kongsikan kepada semua.
Nak tahu cerita tu? Kenalah tunggu, nanti kimi buat satu
entry pasal tu, cerita hot ni, haha.
Menarik citer kimi ni..macam-macam ragam manusia kan..
BalasPadamterima kasih, betul, ragam manusia memang tidak boleh dijangka..
Padamamal ada yg xdpt hadiah.. lumrah :D
BalasPadamoh yeker? kesian kat amal, tak ada rezeki lah tu..
Padamsabar ok
haa, same lah cerite ni dengan situasi sy sekarang. baru lagi. tapi tak kisah sangat pun. nk buat macam mana. bhahaaaaaaa.
BalasPadamsabar je la cik hannyn, mungkin bukan rezeki kita..
Padam