Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/07/2013

Antara Giveaway, Sponsor, dan Penipu?


Assalamualaikum,

Sponsor dan penipu? Pasti topik seperti ini menjadi buah mulut dan perbualan di antara blogger-blogger otai mahupun newbie.

Perjalanan blog tidak akan berseri dan meriah tanpa giveaway atau contest mahupun segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger kini.


Seperti kata pepatah Melayu, di mana ada gula,disitulah ada semut, pepatah ini sangat sesuai menggambarkan maksudnya tiada gunanya adanya GA atau contest jikalau tiada sponsor.

Tetapi, topik mencari sponsor pasti menjadi “cerita seram” ataupun trauma dalam kalangan blogger harini, kerana mereka kadangkala ditipu ataupun sponsor lari.

Pasti kejadian seperti ini menjadi titik hitam kepada blogger tersebut ditambah pula trauma yang semakin menjadikan dunia blogger yang dulunya meriah dan berseri menjadi suram dan kelam.

Sememangnya kita tidak meminta ini berlaku dan terjadi, tetapi jika takdir sudah tertulis begitu, apakan daya sebagai umat manusia yang serba kerdil ini.


Perkara seperti sponsor tidak mahu bertanggungjawab, sponsor penipu, sponsor lari dan juga pelbagai lagi cerita berkenaan sponsor kalau dikumpul oleh buah mulut blogger sekalian pasti tidak akan habis seperti mengeja abc hingga z.

Kejadian seperti ini kadangkala boleh dikatakan menjadi lumrah hidup, kerana tidak semua yang berlaku akan manis belaka, pasti ada sedikit kenangan pahit yang harus ditelan.

Oleh itu, ramai blogger yang ingin membuat GA mahupun segmen tidak mencari sponsor untuk mengajurkan GA mereka tetapi blogger itu sendiri yang sponsor GA mereka sendiri. Hal ini dapat mencegah kejadian menipu atau hadiah tidak diperolehi oleh pemenang.

Jika ditanya kepada kimi, pernahkah ditipu? Pernahkah hadiah tidak dapat? Soalan cepumass seperti ini sering menghantui para blogger yang kimi pasti dielakkan oleh mereka, tidak kira blogger otai mahupun newbie, jika blogger otai, pasti banyak lagi pahit yang ditelan dari awal berblogging sehingga kini, benar bukan?
Kadangkala, para blogger yang join GA semua ni, bukan nak hadiah sangat pun, bukan batak sangat pun hadiah tu, tapi nak tolong, nak sokong, terutama blogger newbie.

Betul, mungkin pasal hadiah tu no.2, no 1 Cuma nak bagi sokongan ke atas blogger yang baru nak naik, follow blog, like fanpage dan sebagainya.

Dan mungkin juga hadiah tu, wang tunai RM50, hadiah barangan kecantikan, dan yang paling di tunggu-tunggu hadiah misteri kan? mesti tertanya-tanya apakah hadiahnya.?

Tetapi, bila dah menang, tolong jujur, sebab apa tau, contoh, hadiah tu topup RM5 ataupun mungkin keychain,padahal benda tu boleh dapat je kat pasar malam rm5 satu,tetapi, awak telah bagi harapan kepada blogger tu untuk join, faham tak HARAPAN ? tak faham, sila rujuk kamus atau wikipedia.

Hehe, setakat ini, alhamdulilah, kesemua GA atau Segmen yang kimi masuk dan menang kimi sudah peroleh, Cuma ada satu cerita yang kimi nak kongsikan kepada semua.

Nak tahu cerita tu? Kenalah tunggu, nanti kimi buat satu entry pasal tu, cerita hot ni, haha.

6 ulasan:

  1. Menarik citer kimi ni..macam-macam ragam manusia kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, betul, ragam manusia memang tidak boleh dijangka..

      Padam
  2. Balasan
    1. oh yeker? kesian kat amal, tak ada rezeki lah tu..
      sabar ok

      Padam
  3. haa, same lah cerite ni dengan situasi sy sekarang. baru lagi. tapi tak kisah sangat pun. nk buat macam mana. bhahaaaaaaa.

    BalasPadam