Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Rentetan dari kisah KK yang disyaki menghidap penyakit darah tinggi ni dah masuk 3 minggu tak habis habis lagi, haha
Hari ke hari, keputusan pun tak tahu lagi, selang sehari ambil tekanan darah, maka, persoalan akan terjawab harini, huhu
Selepas berjumpa doktor, doktor berkata hasil dari tekanan darah selama 2 minggu menunjukkan agak tinggi, dengan umur KK yang baru 22 tahun ni
Jadi nak kata dah kena, tak lagi, tapi menghampiri ke arah tersebut, kalau nak makan ubat, doktor kata kesian ke buah pinggang dan jantung, sebab muda lagi
Doktor menasihatkan supaya jaga pemakanan, kurangkan garam, minyak, perasa makanan, MSG, makanan ringan, nescafe dan rokok
Tapi KK tak merokok, hehe, cuma makanan lah, nescafe memang KK tak minum, minum air masak saja, insyaAllah lepas ni kena jaga makan
Apapun, sayangi diri anda, jaga pemakanan, lakukan senaman ringkas dan berilah.badan anda vitamin dan nutrien yang mencukupi