Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Harini KK cuti, tak balik rumah pun, malas lah, jafilah kita ber huhu saja di tempat kerja, tak buat apa pun, sama saja macam hari kerja
Kerja KK tidur saja harini, lepas tidur bangun sekejap belek telefon sambung tidur balik, sampai ke petang, tadi pun nasib terkejut jam 5:30 petang
Terus siap-siap ke bazaar, beli mee sup saja juadah untuk harini, eh satu lagi kesukaan KK iaitu rangka ayam, mesti beli, buat makan sahur
Ni baru saja balik, kejap lagi nak berbuka dah, hehe, lagi 7 hari KK nak cuti, tak sabarnya nak balik, nak buat biskut raya
Uihhh rangka ayam sedap tu! Tapi bulan puasa makan rangka ayam agak rare jugak hehe
BalasPadammemang sedap !
PadamSelamat bercuti
BalasPadamterima kasih kak Normi
Padam