Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/05/2016

Lunch Box !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekejapnya masa berlalu, harini dah hari terakhir bulan Mei, esok dah masuk bulan Jun dah, jadinya dah setengah tahun, huhu

Walimatul Urus Anis & Ashraf ( Part 2 )


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersambung dari Part 1, ayuhlah kita ke babak seterusnya, kepada yang masih tertanya-tanya itu, dan penat berteka teki, gambar diatas itulah raja sehari, sepupu KK

Nasi Kukus Mama !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam semalam melantak berat sikit, bukan selalu makan nasi, haha, terasa diri agak kelaparan, jadi ayuhlah kita makan nasi

30/05/2016

Periksa tekanan darah (BP) -1-


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Atas nasihat doktor dan pegawai perubatan, KK akan memulakan rawatan susulan untuk pemantauan tekanan darah (BP) selama 6 kali


Hanya datang klinik, periksa tekanan darah dan balik, tak perlu nak jumpa doktor lagi dah, sekadar nak tahu tekanan darah

Untuk harini, bacaan BP ditahap normal, alhamdulillah, berbeza sangat dengan minggu lepas, lega hati KK

Hari Rabu pula periksa tekanan darah, selang sehari kata jururawat tadi, cukup 6 kali baru jumpa doktor untuk beri kata putus

29/05/2016

Walimatul Urus Anis & Ashraf ( Part 1)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru berpeluang nak cerita kisah-kisah yang sangat menarik berlaku semalam, sampai KK sibuk sangat, tak menyempat nak update

27/05/2016

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang penuh barakah, insyaAllah penghulu segala hari akan memberi seribu satu makna buat kita yang bergelar umat Islam

26/05/2016

Ambil darah...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dari jumpa doktor, sampai disarankan untuk ambil darah, sebab KK dah masuk 5 hari demam, tapi harini dah surut sikit, dikhuatiri jangkitan kuman

Jumpa doktor lagi...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi ni KK berjumpa doktor lagi, lepas periksa tadi, demam dah okay sikit, tekanan darah pun turun sedikit, cuma bukan ditahap normal

25/05/2016

Ubat demam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila demam tak baik-baik lagi ni, sekali makan ubat, hilang panas, lama tu dia panas balik, macam tu lah hari-hari

24/05/2016

Nasi Lemak !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah orang Melayu, tekak Melayu, susah nak lari dari makan nasi, pagi petang siang malam nak melantak nasi, haha

Kisah 2 bulan menghilang : Sayonara !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sudah 2 bulan KK berhenti dari kerja dulu, tempat KK cari rezeki, belajar bidang kek dan pastri dengan lebih mendalam

Kisah 2 bulan menghilang : Ujibakat Hero Oven TV3


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah yang dah berbulan nak pusing wayang semula, haha, tapi ni kira pengalaman sekali seumur hidup ni jejak ke Seri Pentas TV3

Sarapan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ayuhlah kita bersarapan dengan ubat ubatan, haha, tapi sebelum makan ubat, kena isi perut dulu, tak boleh makan dengan perut kosong, lain pula kisahnya

23/05/2016

Jumpa doktor...


Asssalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dah 2 hari KK demam, tak larat sangat, risau pun satu, KK gagahkan diri ke klinik kesihatan yang terdekat, dekat saja, depan pejabat KK kerja, haha

22/05/2016

Demam + Selsema


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dari semalam dah rasa tak sedap badan, lenguh-lenguh saja tangan ni, sebelum tidur dah makan ubat, bangun pagi panas satu badan

21/05/2016

Makan malam..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK tak berapa nak sihat harini sebenarnya, dari pagi hidung ni selsema saja, ubatnya dah makan, tunggu esok jalan ke tak, kalau tak jalan buang hidung, haha

Hujan rahmat...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak sangka, rahmat Allah, hujan turun dengan lebat sekali, patutlah tidur nyenyak saja dari semalam, tak sedar ke apa dah

20/05/2016

Kudapan petang !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang-petang ni memang lapar, nak tunggu ke makan malam, makan saja lah dulu apa yang ada, tapi tiada apa pun kat pejabat

Lunch Box !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersiaran lambat sikit harini, haha, ni dah petang ni, lepas solat Jumaat tadi, singgah kedai beli makanan, harini akak tu tak buat COD lunch box

Maggie Goreng !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kalau kena dengan cara masaknya, kena dengan rencahnya, memang sedap maggi goreng ni, lagi-lagi kalau pedas sikit, memang ummpphhh !

Salam Jumaat !


Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera,

Bertemu lagi kita di hari Jumaat, penghulu seala hari, cuaca di tempat KK sekarang, redup saja, nampaknya seperti nak hujan

18/05/2016

Lunch Box !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah sampai lunch box KK untuk harini, lauk harini agak kurang minat, tapi telan saja, hah, sebab KK tak pernah cuba lauk tu

17/05/2016

Belajar guna Dobi 24/7 "-"


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila berjauhan dengan rumah ni, kena lah berdikari, dari sesuatu yang tak tahu, jadi kena tahu dan perlu belajar, tanya orang kalau tak sesat, haha

Rezeki tak diduga ..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak pasal-pasa dapat RM 3 harini, rezeki yang tak dijangka, alhamdulillah, rezeki Allah bagi, KK terima saja

Lunch Box !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Makan tenggahari telah tiba ! KK ni kerja masuk pukul 10, nak kata sarapan tu memang tak sempat, celik mata terus pergi kerja

Kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat pagi semua ! amboi, pagi-pagi dah belanja selfie, haha, selfie pertama selepas 2 bulan senyap, bulan ni baru timbul balik, macam biskut KK ni

16/05/2016

Guru Pembina Negara Bangsa !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saban tahun pasti tanggal 16 Mei tidak akan dilupakan terutama bagi warga pendidik seluruh negara yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa

Burger RM 1


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk makan malam harini, KK malas nak makan nasi, srbab nanti gemuk, haha, makan nasi malam kalau lapar sangat, baru makan

15/05/2016

Nasi Lemak Ayam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat berhujung minggu kepada semua, cuti-cuti ni tak kemana ker? jalan-jalan atau beriadah bersama keluarga, atau dirumah saja?

14/05/2016

Nasi Ayam Penyet *_*


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mengimbau kenangan Nasi Ayam Penyet, KK memang suka sangat, sebab sedap, atas tempat juga sebenarnya dan ikut selera anak tekak masing-masing

13/05/2016

Kisah 2 bulan menghilang : Berhenti notis 24 jam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak cerita kisah 1 bulan lepas ni, haha, orang cakap benda yang lepas jangan dikenang, tapi KK nak kenang juga, haha, nak juga !

Salam Jumaat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah tiba lagi kita bersua di hari Jumaat, sekejap saja masa berlalu kan, bulan depan dah berpuasa kita, tak sabar nak puasa tahun ni, hehe

12/05/2016

Kurta Walimatul Urus !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sampai juga kurta yang KK tempah ni, nasiblah jumpa yang sesuai, warna pun ikut tema sangat, memang kena, kata sedondon kan, hehe

11/05/2016

Jemputan Walimatul Urus !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang memang musim orang kahwin, dari awal tahun sampai ke sekarang, ada saja yang mendirikan rumah tangga, alhamdulillah, bina masjid ni

Untuk kali ni, KK fokus untuk majlis ni, sebab yang kahwin ni sepupu KK, jiran sebelah rumah dari dalam perut, sebab umur sama, hehe

Tak sangka, hilang seorang lagi sepupu zaman hingusan ni, kalau dulu main sama-sama, pergi sekolah sama-sama, kena marah pun sama-sama, haha



Majlisnya tak lama dah, 3 minggu saja lagi, nanti nak jadi bini orang dah, sekejap nya masa berlalu, masing masing dah besar

Bila sepupu kahwin ni, kita lah nak jadi orang kuat majlis, nak kena jadi briedmaids lagi, haha, kali ni wakil lelaki ada 2 orang, KK dan Arif

Dah siap beli baju semua dah, semangat betul kan, kata nak sedondon, nanti KK cerita pasal baju pula, sebab untuk kawan-kawan ada warna tema, bertema bagai pula

KK pula yang tak sabar, orang lain nak kahwin, macam kita pula pengantinnya, haha, kalau ada jodoh kahwin jelah, tak ada jodoh, redha dan mereput  haha

Kisah 2 bulan menghilang : Bela kucing !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Inilah kesayangan terbaru KK, namanya Oreng, sebab tak tahu sangat bagi nama apa, ikut saja warna badan tu, hehe, jadilah Oreng

Al-kisahnya masa KK masih bekerja di kedai kek dulu, kucing ni selalu datang minta makanan kat belakang kedai, KK selalu belikan makanan kat dia

Makin lama makin sayang pula, Oreng ni pula jinak, pantang panggil berlari datangnya, sampai kenal kitaorang, hari-hari datang tidur bawah meja


Makin lama jatuh sayang pula, Oreng ni jantan, lagipun masa tu KK memang tinggal keseorangan kat rumah, jadi bawa lah si Oreng ni balik

Mula-mula tu dia terkejut juga, sebab tempat baru kan, tak biasa, KK tak bagi keluar, takut sesat kan tak balik, hahaha, lain pula kisahnya nanti

Kucing ni dah besar, bukan anak kucing, taraf bapak kucing dah, tapi KK nak juga bela waima pada mulanya mak membantah

Tapi bila dah KK berpindah ke Pekan atas tuntutan kerja, mak pula terpaksa mengambil alih jaga si Oreng ni, eh eh, tak lama lepas tu, bagi gambar kat KK, mak dah belikan rantai loceng, sayang juga, hari itu tak nak jaga sangat, haha



Gambar ni pula jiran hantar, katanya kucing sesat nak berkawan, haha, saja nak sakat KK, suka tengok Oreng dah mula nak berkawan, sebab dia ni lembik sikit, haha

Rindunya kat Oreng, lama dah tak jenguk dia, macam manalah kat rumah tu, nak balik lambat lagi, tunggu 28 haribulan ni baru balik

Kanta Lekap Raya !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Orang sibuk nak berpuasa, dia sibuk nak beraya, haha, begitulah semangatnya KK nak raya tahun ni, sebab tahun ni KK dapat cuti raya, huhu

10/05/2016

Makan tenggahari...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Menu makan tenggahari tadi ni, haha, baru teringat nak update, musim sekarang entri bab makanan saja yang laku, pasal lain kurang

09/05/2016

Makan malam !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam ni KK makan burger saja, malas nak makan berat sangat, sebab nanti tidur tak sedar sebab perut terlalu kenyang kan, hehe

Menjahit...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK cuti, cuti pun tak kemana, makan tidur berehat mandi semua kat tempat kerja, jadi disinilah menunggu sampai hari nak malam, haha

08/05/2016

Bersantai...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang-petang ni seronoknya bersantai kan, baring-baring sikit, tengok tv sambil makan sampai gemuk, haha, patutlah KK sekarang badan makin naik

Kisah 2 bulan menghilang : Tukar Kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah 2 bulan lepas, KK baru sahaja bertukar bidang kerja dan kali ini bidangnya sangat jauh terpesong dari minat dan diri KK, haha, KK sendiri pun tak percaya

06/05/2016

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bertamu lagi kita pada penghulu segala hari, hari Jumaat yang penuh barakah, redup saja suasana di Pekan Pahang ni, hehe

Selamat Pagi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat Pagi semua, hari ni dah hari Jumaat, masa berlalu hari ke hari minggu ke minggu begitu pantas bukan? tak sedar nak hujung minggu

05/05/2016

2 bulan menghilang !



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ya Allah, sekejapnya 2 bulan berlalu, harini genap 2 bulan KK tinggalkan blog ni sampai penuh bersawang, penuh debu, kena tiup skrin tu, haha.