Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/07/2013

Walimatul Urus Fyza & Jawahir (6/7/2013)


Assalamualaikum,

Pada hari sabtu yang lepas-lepas, yakni 6/7/2013 (sebelum puasa) kimi dijemput oleh rakan lama iaitu meera di atas undangan perkahwinan kakak beliau iaitu kak fyza bersama pilihan hati iaitu abang jawahir.
Meera sebenarnya menjemput satu kelas, kelas kimi Cuma ada 17 orang sahaja, jadi semua dijemput untuk memeriahkan lagi majlis yang penuh berbahagia tersebut.


Pada mulanya kimi nak hadir bersama farah dengan menaiki motor sahaja, alang2 thibaan nak jemput tasya dirumah, kimi dan farah tumpang sekali bersama farhan.

Kami berlima di dalam sebuah kereta hadir ke majlis tersebut yang di adakan di taman pertanian jubli perak kuantan.


Kimi datang dah pukul 3, jadi sampai-sampai macam tak ada orang, haha, Cuma 2-3 meja sahaja yang ada, kimi ni tercari-cari meera, mana la si budak ni, kan orang ingat tetamu tak diundang pulak, haha

Masa nak masuk tu, ternampak la mak meera, makcik habsah, terus tegur, biasalah, melawat majlis orang, tuan rumah harus ditegur, hehe.

Bersalaman dengan makcik habsah dan dijemput makan, tengah2 cedok makanan nampak la si meera ni, rupa-rupanya naik traktor pusing-pusing taman pertanian dengan pengantin.



Ajak meera teman makan, haha, suruh dia ambil air, haha, lama tak buli meera, hehe, mana ada, gurau2 je, lama tak gurau2 dengan dia, sejak duduk putrajaya ni, otp pun jarang sekali, nak buat macam mana, masing2 sudah ada tanggungjawab sendiri.


Tanya juga meera, mana tetamu yang lain, sebab nampak kimi dan adalah 2 meja orang tengah makan, katanya tetamu dah semua balik, sebab ramai masa pukul 12 hingga 1 macam tu, patutlah, haha, maknanya kimi agak lewat, mana taknya, datang pukul 3, majlis habis pukul 4, haha.

Makan-makan, borak-borak, gosip-gosip, lama tak dengar cerita, mulalah, segala cerita buka semua, haha, tengah-tengah borak, nampak pula coklat fountain dengan marshmallow, OMG !



Serang ! lepas basuh tangan terus serang meja coklat fountain, haha, apa lagi, makan tak berenti, sedap sangat coklat tu, ditambah pula denga marshmallow, memang marvellous lah, ada pula biskut, boleh juga makan dengan coklat tu, apa lagi, semua makan, haha, meera cakap sebelum tu ada strawberi, tapi dah habis, huwaaa, tak ada rezeki la tu.




Ada pula photo booth, adalah macam kartun-kartun kertas tu, macam moustache, crown, dan macam-macam lagi, hehe, bab ni tasya dengan farah menggila, habis semua dicuba.

Seronok sangat petang tu, jumpa meera, makcik habsah, rindu sangat, sebab masa meera kat kuantan, kimi selalu pergi rumah dia, borak-borak, gosip-gosip, hehe, memang rapat la sangat, tapi meera sekarang menetap kat putrajaya, kerja kat sana, susah nak jumpa dia, masa macam ni berkesempatan nak jumpa, bertukar cerita.

Walau apapun, kitaoranglah tetamu yang paling terakhir yang balik, haha, sampai pelamin yang penuh berbunga-bunga tu habis dileraikan sampai tinggal papan saja kami baru balik, memang dasyat la.



Kimi nak ucapkan terima kasih kepada meera sebab jemput, makcik habsah dan sekeluarga, dan selamat pengantin baru kepada kak fyza dan abang jawahir, moga berkekalan hingga akhir hayat, insyaallah dan amin !




6 ulasan: