Spice of My Life

Followers !

Halaman

05/07/2013

OMG ! Mana fail ungu saya ?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ya Allah, dalam kesibukan yang engkau berikan, engkau memang tidak lupa untuk menguji sedikit keimanan kepada umatnya mu ini yang kerdil.


Harini baru kimi perasan yang fail warna ungu kimi hilang ! rasa nak gugur jantung bila mengenangkan isi dalam fail itu semua penting sangat-sangat, lebih kurang macam nyawa kimi !

Ya Allah, umatnya mu yang kerdil ini hanya mampu berusaha dengan penuh sabar, mungkin silap ku juga, hmmmm,


Sebenarnya, minggu depan adalah hari yang penting, hari pemilihan calon baru untuk MPPT6, jadi akan ada pilihanraya dan sesi mengundi, jadi borang dan poster sudah diberi kepada kimi dan berada di dalam fail tersebut !

Bukan itu sahaja, segala kelengkapan, slip peperiksaan MUET, dan juga I/C kimi berada dalam tu, kimi tak pasti lagi apa yang ada, tapi paling penting poster dan borang tu.

Pagi tadi, kimi cuba cari di dewan yang berlangsungnya SABS Got Talent, tapi masih tidak ditemui, kimi rasa nak menangis bila mengenangkan hal ini.

Semalam, sebelum event bermula, kimi jual tiket kat luar dewan, dan fail tersebut diletak bawah meja untuk tidak sepahkan atas meja, jadi lepas habis jual tiket, kimi masuk dewan untuk ambil gambar dan video.

Masa balik, kimi memang lupa nak check balik meja tu, kimi perasan fail tu tak ada pagi ni, sebab kawan nak semak senarai calon yang dah hantar.

Masalahnya sekarang, fail tu hilang, mmm, dari tadi cari kat rumah, kat sekolah, tak jumpa, kimi dah cuba minta tolong kawan kimi yang berada di asrama untuk periksa di dewan esok,  harap ada berita baik :(


Tiada ulasan:

Catat Ulasan