Halaman

17/09/2013

Apabila DIRIKU dijadikan IDOLA ! Terharu :(


Assalamualaikum,

Terdetik hati nak buat entri ini disebabkan seorang insan yang boleh kimi gelarkan adik sebab umur dia setahun lebih muda dari kimi.

Mungkin insan ini telah mengharukan hati kimi, serius cakap, tak sangka, kimi yang serba kekurangan ini dijadikan idola. Terharu, sob sob



Terbaca hasil tulisan tangan Cik Syeqa Syah , membuat kan hati kimi sayu, berdebar-debar apabila membaca satu persatu kata-kata diatas.

Kimi tak sangka, perkongsian kimi iaitu entri paling banyak dibaca di blog, dapat menjadi rujukan kepada adik-adik yang baru nak memasuki alam tingkatan 6.


Kimi seorang pelajar tingkatan enam tahun akhir, kimi selalu berkongsi pengalaman dan cabaran di tingkatan 6, segala kerja-kerja dan perkongsian di label Form 6 berkenaan dengan tingkatan 6.

Entri yang kimi maksudkan ialah Tingkatan 6 @ Prauniversiti @ Form 6 , boleh dilihat di side bar blog.


Sememangnya, apabila entri tersebut disiarkan di dalam blog, kimi banyak menerima komen dan pertanyaan dari lepasan SPM tentang F6, ada juga kimi diminta memberi pendapat.

Alhamdulilah, kimi menjawab segala persoalan yang diberikan oleh adik-adik, kadang2 kimi terlewat oleh hal yang tidak boleh dielakkan.


Terima kasih adik kerana menjadikan kimi sebagai idola adik, harap adik boleh tempuh cabaran di F6 dengan baik dan penuh sabar :)

Kimi bukanlah sehebat mana kalau nak dijadikan idola, tetapi, untuk dijadikan kawan dan mentor, insyaallah kimi boleh.

You are my idol now adik,adik patut berbangga sebab tak semua orang nak masuk F6, Go get better result in STPM ! Beat the rest , Be the best !

Terima kasih daun keladi : http://thechusonone.blogspot.com/ .



3 ulasan:

  1. bagus2...besar pahala keymen dapat dengan berkongsi ilmu2 semua tu^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, kimi pun suka ilmu yang dikongsi dimanfaatkan oleh orang lain :)

      Padam
  2. welcome syeqa :) amin, syeqa pun sama moga sukses dalam STPM :)

    BalasPadam