Halaman
▼
03/12/2013
1st day as HouseKeeping staff !
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Harini hari pertama KK bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel berkonsepkan apartment di Kuantan.
Hari yang penuh mencabar dari pagi hingga ke balik, penuh dgn cabaran. Hati hanya mampu mengeluh dan bersabar.
Pagi tadi bangun-bangun dah hujan, tunggu punya tunggu, tepat 8:30 a.m hujan berhenti, apa lagi, terus gerak pergi tempat kerja.
Dalam perjalanan jangan cakap, kita elok-elok, pakai cantik-cantik, datang kereta laju, terpercik dan tersembur air kat KK, memang terbaik ! basah kasut !
Sampai tempat kerja, berlagak macam budak baik, hari pertama kan, tak kenal lagi semua, hari ni baru kenal 2 orang, hehe
Pengalaman paling best KK harini, KK berjaya kemas satu RUMAH, bukan bilik hotel ye, satu RUMAH, iaitu ruang tamu, 3 bilik tidur (6 katil single, tukar cadar, sarung bantal, blanket), dapur, sekali sapu dan mop ! haha. hebat tak? hehe
Alhamdulilah, apa yang Aunty Dewi dan Ganesh ajar semua kimi tangkap dengan cepat, tadi dapatlah rasa kemas rumah seorang diri.
Habis cerita pasal kerja, balik tadi pula, memang dari pukul 5 sampai pukul 6, memang hujan tak berhenti, fikir nak tunggu, malas pula, rasa memang tak berhenti dah hujan ni, akhirnya redah saja.
Bermandi lah hujan tadi, sampai rumah banjir, nasib bukan dalam rumah, cuma kat jalan depan sikit, minta tolong abang yang ada kat tempat banjir tu bawa motor, hehe, kalau KK bawa kan, tak pasal-pasal mati.
Akhirnya sampai juga dirumah, hujan masih lagi tak berhenti sampai sekarang, kimi risau, esok kerja, macam mana nak sampai tempat kerja kalau jalan banjir.
Harap air akan surut dan KK boleh pergi kerja esok, banyak lagi yang KK perlu pelajari!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan