Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Memandangkan esok KK akan memulakan kerjaya yang baru, hehe, jadi baik kita menghabiskan masa ini dengan kawan-kawan, nanti susah pula nak berjumpa, lagipun kadang-kadang cuti pun tak sama.
Oleh itu, semalam KK telah ajak rakan sekolah lama kimi iaitu aina dan norma, mereka berdua sememangnya sahabat baik dari sekolah lagi.
KK sebenarnya nak tengok cerita "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang", nasiblah si aina dan norma ok saja, hehe
Tiket yang sepatutnya kami beli ialah pada jam 2:55 petang, tetapi malangnya, tiket pada masa itu sudah penuh, jadi kami memilih untuk menonton pada jam 5:00 petang.
Lepas beli tiket, terus aina ajak pergi makan, menu yang dipilih ialah hot plate, KK suka sangat, aina pun suka, katanya minat sangat dengan yee mee
bukti kelaparan, haha |
Jarak masa yang begitu jauh sekali, kerana pada masa beli tiket, jam menunjukkan baru pukul 2:00 petang.
Oleh itu, kami bersepakat untuk pergi karaoke, huhu, 1 jam berkaraoke, memang best, semua sporting, hehe.
Selepas itu, barulah tengok wayang, cerita selama 1 jam 30 minit memang menarik, penuh pengajaran dan aksi-aksi lucu pelakon.
Memang tak kering gusi, dalam pada menyampaikan syiar Islam di dalam cerita, tak lupa diselitkan jenaka untuk tidak menjemukan penonton.
Jadi, lepas habis tengok wayang, kami semua terus balik sebab hari dah nak gelap, hehe
Walau apa pun, terima kasih kepada aina dan norma sebab sudi teman KK pergi tengok wayang, sayang kamu semua, insya Allah, jika ada kelapangan lagi, KK akan belanja kamu semua tengok wayang lagi ok :)
Lama dah Vee tak tgk wayang. Hm.. Skrg smua ada di internet. Keekekee..
BalasPadamhehe, betul tu, sekarang semua download je :)
Padam