Halaman

20/07/2014

Ramadhan 20 : Iftar di Padang lagi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam KK cuti, baru saja cuti hari Rabu, hari Jumaat cuti semula, hehe, ikut saja jadual, asal ada cuti sudah


Era yang ajak buka puasa di Padang, KK boleh saja, sebab tak ada aktiviti lain, lagipun cuti, lapang sangat.

Kali ni tak ramai mana, 5 orang saja, muat-muat satu kereta, senang sikit, pergi sekali balik pun sekali, tak ada yang tercicir, hehe


Menu macam biasa, Nasi Ayam Boxing, haha, KK suka sebab gerai ni paling tepi, tak perlu nak berhimpit-himpit bagai beli makanan, gerai air pun sebelah saja.

Lepas dah berbuka, pergi jalan, teman erni, mira dengan era pergi beli barang raya, kita tengok jelah, orang lain yang membeli, hehe


Pengalaman macam ni memang seronok, jalan-jalan, sekarang susah nak kumpul macam sekolah dulu bila dah masing-masing kerja.


3 ulasan: