Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Semalam KK kerja shift petang, lepas cuti memang best kalau masuk shift petang, hehe, lepas sahur dapat tidur semula
Kita dah berpuasa sampai hari ke-21 dah, sampaikan KK tak ada selera nak sahur, tengok nasi pun tak lalu.
Kalau dah hari-hari menghadap nasi, sahur makan nasi, berbuka pun makan nasi, mana lalunya kalau dah rutin macam tu kan.
Tak makan kan risau kelaparan, makan lah juga, dalam masa yang sama jaga hati mak yang kejut bangun sahur.
Esok KK shift petang lagi, huhu, lepas tu cuti, memang best, cuti nak teman mak beli kuih raya, tahun ni beli saja, tak ada masa nak buat.
Bkn setakat sahur , berbuka pun terasa x lalu nak mkn nasi . Ambil nasi sikit , ratah lauk ja bnyk .. Kenyang mkn lauk ja .. hehehe
BalasPadamsama lah, KK pun macam tu juga, nak makan pun tak terasa lalu, hehe
Padamwakt sahur punya liat nak bagun
BalasPadamhehe, sampai nak pecah pintu mak ketuk nak bangun sahur, hahaha
Padam