Halaman

13/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P1): Bermalam di KLIA2 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bermula lah KK nak mengomel pasal percutian KK selama 4 hari 3 malam di Medan, percutian yang tak siapa tahu, tak siapa sedar, termasuk ibu bapa KK sendiri


Mak KK pun tahu 1 jam sebelum KK naik bas dari Kuantan untuk ke Kuala Lumpur, hehe, nasib mak tak marah, dia cuma terkejut, ingatkan jalan-jalan di KL saja katanya, haha

Sebabnya KK dari Kemaman lepas kerja, terus ambik mak di Kuantan, terus hantar ke Terminal Sentral Kuantan, masa dalam kereta baru beritahu, hehe


Bas jam 6 petang, KK bertiga bersama Arif dan Hanie, tiket bas berharga RM 22, bas Bulan Restu, nak kata laju tak juga, perlahan sangat pun tidak

KK sampai di Kuala Lumpur di Pekeliling dalam jam 9 malam, terus ke KL Sentral untuk jalan sekali dengan kakak Hanie iaitu Tun nama manjanya, haha

Dari Pekeliling jalan kaki sikit, naik LRT ke KL Sentral, token berharga RM 2.50, orang jarang sekali datang KL,semua Arif tolong belikan, haha

Nasiblah si Tun ni dah beli siap-siap McD untuk kami semua, sebab semua kebuluran, haha, 4 jam dalam bas tak hadap apa-apa

Lepas dah makan semua, barulah keluar dari KL Sentral tu sebab Uber dah tunggu kami untuk dihantar terus ke KLIA2, perkhidmatan Uber ni KK gunakan sebab lagi jimat



Makan masa satu jam juga dari KL Sentral tu, dah sampai semua barulah ada yang tidur lah, cari tempat caj telefonlah, haha, macam-macam ragam semua

KK tak dapat tidur, tak tahu kenapa, penerbangan pukul 8.00 pagi, kami sampai di KLIA2 jam 11 malam macam tu,boleh sangat nak tidur padahal, hehe

Berjagalah KK sampai pukul 6 pagi sebab pagar dah buka 3 jam awal untuk penerbangan antarabangsa, untuk domestik 2 jam sebelum penerbangan dah dibuka pintunya

Dah masuk pintu dan pemeriksaan imigresen berjalan macam biasa, alhamdulillah lepas untuk kedua dua pemeriksaan, ikut saja arahan yang tertera, pasti berjaya

Sesi menunggu sampai jam 8 pagi berjalan, bolehlah nak sambung tidur ke apa, nak solat dulu ke, ke tandas pun boleh, makan melantak semua boleh, haha

Bersambung...


2 ulasan: