Halaman

13/08/2016

4H 3M MEDAN (P2) : Mendaki Gunung Sibayak !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersambung kisah dari Part 1, jadi ayuhlah kita meniti perjalanan KK dan kawan kawan selama 4 hari 3 malam di Medan, Indonesia


Selepas sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, KK dijemput oleh Syariza dan Mas Ronnie iaitu pemandu pelancong yang kami tempah dan sewa selama 4 hari

Tapi yang hanya akan menemani dan menjadi supir hanyalah Mas Ronnie pembantu kepada Riza, kerana Riza sudah ada tetamu lain yang menunggu


Perkara pertama sekali selepas dah naik kereta, kami dibawa makan, masing masing kelaparan, haha, di KLIA2 hanya makan roti nak alas perut

Terus makan nasi ayam penyet asli dari Medan, nampak sedap, dan pedas, KK makan sikit saja sambal tu sebab memang pedas, ayam dan nasi memang sedap dan terbaik !

Air teo o ais disini dipanggil manis dingin, KK pada mulanya agak pelik, lama-lama boleh hadam juga, hehe, tapi manis dingin kat kedai ni sedap sangat, rasa ekstrak bunga melur

Lepas dah semua makan, singgah pula beli nombor telefon baru, haha, masing-masing ambil 2gb sahaja, simkad saja sekali internet dah RP 75 ribu, haha, kaya sekejap

Bayangkan dari turun di lapangan terbang sampai ke habis makan semua macam mati akal, telefon tak berbunyi sebab tak ada data, haha, mati katak ! 

Syariza menerangkan tentang itinerari kami selama 4 hari 3 malam di Medan, bayangkan KK terpaksa duduk di kerusi belakang sekali, manalah nak dengar, haha

Perkara pertama yang kami perlu selesaikan ialah panjat Gunung Sibayak, baru saja lepas makan dah disuruhnya bakar lemak, haha, ayuh kita bakar lemak !

Jalan raya disini agak tidak berturap, tak semua jalan cantik jadi dalam kereta tu rasa macam berhuyung hayangh, kepada yang ada migrain pasti cepat pening

Perjalanan memakan masa hampir 4 jam di atas jalan raya untuk ke Gunung Sibayak, disinilah semua penat lelah, peluh keringat keluar masa panjat gunung, haha, taubat kejap





Masa panjat ni, segala kudrat yang ada pada diri KK, semua dihamburkan, tak tinggal sikit pun, jadi ikutkan hati malas nak panjat, bila difikir balik sampai bila lemak ni nak disimpan, haha

Bayangkan KK ni yang tak ada beban, disuruhnya bawa beg si Tun ni, mulalah menyesal, nak sangat bawa beg tu, tapi atas dasar erti kawan, bawa sajalah, kesian pula tengok tercungap-cungap

Si Arif dengan Hanie ni tak tahu hilang entah kemana, laju mendaki tinggal kami dibelakang, KK dengan si Tun ni ketinggalan di belakang, haha, sadis sangat



Inilah antara gambar dan foto yang sempat KK rakamkan untuk tatapan semua, Gunung Sibayak ni boleh dikatakan gunung yang bersulfur, dan masih aktif

Panjat saja dah nak 3 jam, berjalan lagi nak sampai ke kaki gunung dah satu jam, ni betul betul nak bagi kurus, haha, tapi tak kurus kurus juga KK ni, haha

Masa panjat ni memang sejuk, KK pakai baju 3 lapis pun masih rasa sejuk sangat, yang tak rasa sejuk tu mungkin kulit dia macam buaya, haha

Memang tinggi gunung ni, KK tak sampai ke puncak pun, sebab bau sulfur sangat kuat, bau macam getah dibakar, lama lama macam cuka masam pun bau, loya tekak menahan bau

Panjat gunung makan masa lebih kurang 3 jam juga, berliku liku jalan nak sampai ke atas ni, tapi bila tengok keindahan alam, yang masih hijau dan terjaga, tenang rasa hati


Penat memang penat, tapi itu pengalaman, masa nak panjat kemain lama, masa turun tak sampai 1 jam pun, haha, nampak sangat tak sabar nak balik, hehe

Ini aktiviti untuk hari pertama cuma panjat gunung, habis segala tenaga dikerah nak sampai ke atas, tak pernah KK nak panjat gunung

Selepas itu kami dibawa ke hotel untuk istirahat, kawasan hotel di daerah Berastagi, sejuk mengalahkan Cameron lagi, nyaman saja udara kat situ

Baiklah, setakat ini saja, esok KK sambung lagi, jangan risau, KK cuba ceritakan semua pengalaman KK berada di Medan, Indonesia

2 ulasan: