Assalamualaikum
.. You, how are you ? Ingat lagi ? Tak ingat
? Takpe. Biar I buat flashback
moment untuk you ..
For the
first, Facebook yang buat kita kenal. I yang add you mula-mula. Yela, hotstuff
macam you , tak nampak dah I rasanya *guraugurau*. It happened masa dalam bulan
September ke Oktober last year. I ingat lagi masa tu kita baru Friends around
12am. I was checking your profile but I expect you ni sama jela dengan hotstuff
yang lain. Sekadar nak penuhkan friendlist. Tapi sebenarnya .. It is so not you
yang I kenal .
Pagi tu, I pergi sekolah macam
biasa, and masa tu I exam . sementara tunggu exam, I pun online lah guna phone.
Selalunya pagi-pagi buta ni, notif I kosong je. Tapi pelik inbox I berwarna
MERAH . I pun bukak and appear nama you . Mohd A dan A , I pun teringat si hensem yang
semalam baru friends dengan I. You chatbox I cakap thanks for the add. I pun,
okay, welcome. Then, I off. I thought sampai situ je. Habis paper around 11,
rupa-rupanya you reply my chatbox. You tanya intro I. okay, start tu I mula
fokus kat you. Hahahaha ! I punya excited tunjuk profile you kat kawan I, which
is the owner of this blog*promote jap*. On that day and onwards, kita mula
kawan. And pasal you la, I baru tahu yang Nokia C3 I yang hilang tu ,
rupa-rupanya boleh install WHATSAPP. Haha. So from text to whatsapp user and
you la frequent user I Then I dapat tahu you ni budak foundi IT UNI***
and I baru teringat I ada kawan rapat yang also budak satu U dengan you. I pun
mencedok maklumat daripada kawan I ni, and coincidencely, kawan I pun kenal you
jugak. Keciq betoi dunia ni . tapi tak kenal rapat la.
So, dari mula kita kenal, banyak
sangat things yang kita share. Tak kesah la if you treat I sama or more kat
perempuan lain, as long as I happy kenal you. Badan you yang sado sangat tu,
buat I selalu panggil you Aaron aziz. Lagipun you kan suka minum Drive kan ?
You ingat tak kita pernah janji nak wrestling tangan kalau kita jumpa one day ?
and you wajib bagi I menang , baru I belanja you Baskin Robin . Haha. You suka
panggil I cikgu and panggil student I as ‘anak-anak kita’. Lama-lama kenal, makin I tahu pasal you. I
pun banyak share info pasal I kat you. And I masih ingat macam mana you
terkejut tahu berat badan I under 40kg sampai
bagi I list supplement yang boleh bagi berat badan naik. Bila I panggil you
gemuk, 3jam you merajuk. Haha. Since dah ramai panggil you Aaron aziz celup, I
pun tukarla panggil you Izara Aisyah sebab bulu mata you yang lentik tu. You
pula panggil I Beto Kyusairy. And yang paling surprise kan I, you satu-satunya
lelaki macho yang I kenal, layan Twilight. Kita hampir date nak tengok Twilight
Breaking Dawn Part Two, tapi I last minute takleh balik KL. So, cancel. You tak
marah sikit pun. Cuma you merajuk sikit. Anak manja kan ? hehe.
I tak
sangka ignorance I kat you, buat I rindu you sekarang. On 22nd March
2013, pagi Jumaat tu I dapat tahu from kawan you yang you accident. I ingatkan
minor injuries je. Tak sangka sampai ada kawan you yang meninggal . Masa tu I
dah fikir bukan-bukan , tapi I cuba sedapkan hati. Satu hari tu, I punyalah tak
sedap hati. And pap ! I balik sekolah, kawan I yang satu u dengan you tu,
bagitahu yang you koma. And masuk icu. Masa dapat tahu tu, memang sentap sangat
hati ni. Murah sangat air mata I masa tu. Satu kerja pun takboleh buat.
Punyalah meronta-ronta hati ni nak balik sana tengok you. I was very down. I
rasa macam useless sebab takboleh tolong you. I am not your girlfriend, true.
Tapi I sangat sayangkan you, and kejadian ni
memang buat I rasa patah hati.I tak kesah mana perempuan pun jadi milik you, asalkan I sentiasa dapat stay
dengan you. Having you as my friend pun dah cukup buat i. I cemburu kawan-kawan you 24jam boleh tahu
pasal you. And im stuck kat tempat I, wondering pasal you. Stress sangat masa
tu. Tikar sejadah je tempat I tak berhenti doakan you. semoga you sedar koma
and I dapat jumpa you. And Alhamdulillah, few days lepastu , operation you
berjaya and you dah sedar. Masa tu, I bernazar nak puasa if you sedar. And I dah
bayar nazar I.
Selasa tu,
I balik kl dengan classmates I. Baru jejak bumi KL, I nak lawat you dulu. Kawan
I amik I kat bas station, and straight to Pantai Medical Centre, Bangsar. Masa
on the way tu, I sangat nervous. Taktahu macam keadaan you yang bakal I tengok.
I istigfhar banyak-banyak and cuba optimis bagi reda sikit nervous tu.
Sampai je
kat ruangan menunggu tu, orang pertama yang I jumpa is your beloved mummy. She
looks fine cuma ada macam tired face sikit. I salam dia and I saw your Dad too.
Then , I tunggu and tunggu kat bilik pelawat tu. I borak dengan kawan I , and
gelakgelak bagi hilang nervous sementara tunggu turn tengok you kat icu. Ramai
classmates you. Untung you ramai orang care J ‘
After half
an hour tunggu, sampailah turn i. Before I, ada classmate you menangis2 lepas
tengok you. I dah cuak dah. I janji dengan diri I, I taknak menangis tengok
you. I kene kuat untuk you. So, masa turn I tu sepatutnya masuk duaorg, tapi
sebab I dah stres tunggu lama sangat, I masuk sorang . another pass kat kakak
you yg memang dah ada dalam bilik icu tu.
On the way pergi bilik you tu, menggeletar tangan i. Bismillah banyak2
and I bukak pintu ruangan icu tu. Tak susah cari bilik you sebab I nampak kakak
you kat depan . I pergi ... and .
Ya Allah .... nak gugur jantung I tengok
keadaan you. I cuma boleh nampak mata you. Tapi yang buat I terharu is bila
nampak the way Mama you jaga you. Kakak you pun sedu2 kat tepi I tapi she is
strong enough untuk senyum kat i. lepas 10 minit, I pun mintak izin nak keluar.
I tahan lagi perit hati ni, tapi bila sampai je balik kat ruangan pelawat tu,
semua orang tengok i. and masa tu, I tekup muka I, and I menangis tak berhenti.
Classmate you dtg pujuk i. I just menangis and menangis. Fikiran I penuh dengan soalan. Kenapalah you
diberi dugaan macam ni ? Kenapa I mesti jumpa you dalam keadaan macam tu ?
Kenapa I tak boleh nak cakap dengan you ? Kenapa kita cukup dekat tapi I rasa
sangat jauh? Kenapa you ? kenapa ? Satu-satu soalan tu buat hati I tambah
perit. Sampai balik and esok and sampai sekarang, I masih teringatkan you and
fiikir bila you boleh sembuh . And setiap kali fikir tu la, I menangis
semahu-mahu I . And everything yang relate dengan you, I nampak kat sekeliling
i. Superbike you, iklan UNI*** you, nama
you, TuttiFrutti, and of course I setia stalk FB and Insta you. Kalau dengan menangis boleh buat you sembuh, I akan menangis untuk
sepanjang hidup i. Tapi I percaya, Allah itu Maha Adil ...
Sebenarnya, I rindu you. I rindu text manja you kat
whatsapp. I rindu you punya berlagak macho. I rindu you punya rungutan penat
setiap kali you habis futsal. I rindu bila you bagitau I everytime you nak
pergi mana-mana, I rindu you selalu mengadu ngada-ngada dengan I bila
assignment you banyak. I rindu semua pasal you ! semua ! I MISS YOU .. I MISS
YOU MY IZARA AISYAH . PLEASE WAKE UP ! PLEASE SEMBUH ! PLEASE JADI MACAM DULU !
I MISS EVERY LITTLE THINGS ABOUT YOU ... please get well. And I promise you , I
will be your best thing ever after
this
Tiada ulasan:
Catat Ulasan