Assalamualaikum,
Kejadian yang tidak disangka kerana berlaku secara tiba-tiba pada jam 3 pagi, pintu bilik kimi diketuk-ketuk oleh seseorang, siapakah yang mengetuk pada jam 3 pagi?
Perkara yang tidak disangka apabila kakak kimi mengajak ke hospital kerana tidak dapat membuka mata, kimi dengan terkejut terus telefon mak kimi.
muka bosan menunggu |
Dia cakap mata dia tak boleh buka dan berair-air, kimi risau tengok, nasib masa tu kimi tak tidur lagi sebab tengah update blog.
Dalam jam 3.30 tu mak datang, tapi yang pergi hospital, kimi, ayah dan kakak, mak dengan adik tunggu di rumah, pukul 3 pagi, jalan memang tak ada kereta.
Sampai dalam jam 4 pagi, daftar dan tunggu giliran, sampul tangan kimi dah macam kena air, basah, lepas dah masuk bilik pemeriksaan, mata kakak dicuci
orang sakit mata sebelah , haha |
Doktor cakap mata luka, tak tahu kenapa, mungkin ada sesuatu yang masuk kot, sebab mata kakak memang merah saga, macam air sirap pula, hehe, tak baik, gurau-gurau.
Masuk bilik ni, keluar, masuk bilik sini pula, keluar lagi, tunggu, masuk balik, pening kimi, penat menunggu, haha, lepas itu, baru siap.
Pergi ambil ubat baru balik, sampai rumah dalam pukul 5.00, mengantuknya, dan terus tidur, haha, baru rasa mengantuk. nasiblah entry 3 Syawal sempat publish sebelum ke hospital.
P/S : kakak dapat MC 2 hari, mata masih merah, tapi dah boleh bukak, btw, mata yang tak boleh buka cuma satu saja, sebelah lagi ok.
kenapa dengan mata tu? get well soon to your sister ya
BalasPadamdoktor cakap mata lika, thanks :)
Padambahayanya...tatottt huhu
BalasPadamtulah, memang bahaya, kalau bab2 mata ni, tak ada gantinya.
Padamalhamdulillah...
BalasPadamalhamdulilah, mata akak dah ok, cuma merah saja
Padamget well soon kak akk keyme :)
BalasPadamterima kasih Cik Nadya, kakak dah beransur sihat :)
Padam