Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/08/2013

Detik 3 pagi di Hospital !


Assalamualaikum,

Kejadian yang tidak disangka kerana berlaku secara tiba-tiba pada jam 3 pagi, pintu bilik kimi diketuk-ketuk oleh seseorang, siapakah yang mengetuk pada jam 3 pagi?


Perkara yang tidak disangka apabila kakak kimi mengajak ke hospital kerana tidak dapat membuka mata, kimi dengan terkejut terus telefon mak kimi.

muka bosan menunggu

Dia cakap mata dia tak boleh buka dan berair-air, kimi risau tengok, nasib masa tu kimi tak tidur lagi sebab tengah update blog.

Dalam jam 3.30 tu mak datang, tapi yang pergi hospital, kimi, ayah dan kakak, mak dengan adik tunggu di rumah, pukul 3 pagi, jalan memang tak ada kereta.

Sampai dalam jam 4 pagi, daftar dan tunggu giliran, sampul tangan kimi dah macam kena air, basah, lepas dah masuk bilik pemeriksaan, mata kakak dicuci

orang sakit mata sebelah , haha

Doktor cakap mata luka, tak tahu kenapa, mungkin ada sesuatu yang masuk kot, sebab mata kakak memang merah saga, macam air sirap pula, hehe, tak baik, gurau-gurau.

Masuk bilik ni, keluar, masuk bilik sini pula, keluar lagi, tunggu, masuk balik, pening kimi, penat menunggu, haha, lepas itu, baru siap.

Pergi ambil ubat baru balik, sampai rumah dalam pukul 5.00, mengantuknya, dan terus tidur, haha, baru rasa mengantuk. nasiblah entry 3 Syawal sempat publish sebelum ke hospital.


P/S : kakak dapat MC 2 hari, mata masih merah, tapi dah boleh bukak, btw, mata yang tak boleh buka cuma satu saja, sebelah lagi ok.


8 ulasan: