Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/08/2013

5 Syawal : Beraya di rumah Ayza dan Farah !


Assalamualaikum,

Syawal masih lagi bersinar-sinar di mata kimi, haha, hari demi hari, makin banyak juadah apabila berkunjung ke rumah rakan-rakan taulan yang lama tidak bertemu.


Pada 12/8/2013, kimi sudah merencanakan untuk beraya di rumah kawan kimi, lama tak jumpa dia, lepas kimi pindah sekolah, masa tu form 3, terus tak jumpa dia sampai jumpa FB dia masa form 5, barulah contact balik macam biasa.

Macam biasa, BFF yang temankan, hehe, Cik Meyra yang selalu ada bersama kimi susah atau senang, dia ni dulu pernah kenal ayza sekejap, sebelum dia pindah sekolah lain.

Dulu memang rapat dengan si Ayza ni, memang rapat sangat, dari form 1 sampai form 3, tapi lost contact kejap, dah jodoh, jumpa balik, hehe.


Sampai rumah dalam pukul 3 macam tu, borak2 sambil makan mee goreng, sedap tau, tapi bukan ayza masak, mak dia  yang masak, haha, jahat tau kimi.

Apapun, terima kasih ayza dan ibunya kerana menyambut baik kedatangan kimi dan meyra ke rumah, nanti kimi datang lagi ye, insya Allah :)


Misi kedua selepas balik dari rumah ayza, kimi ke rumah Farah, kawan dari sekolah rendah dan berpisah masa masuk form 1, sebab dia dapat sekolah lain, kimi pun dapat sekolah lain, jadi masa tu, FB pun tak kenal kan, jadi masa form 4 barulah dapat dari FB, kalau tak, memang tak lah.

Sampai dalam pukul 4, sebab lama sangat lepak kat rumah ayza tadi, hehe, gosip banyak sangat kan, haha, jadi sampai lewat sikit saja.

Lepas sampai, kimi makan kuih, rumah dia pula ada rempeyek, kimi suka sangat rempeyek, jadi yang tu saja kimi mengadap, haha


Borak-borak kejap, makan-makan, gosip-gosip, tengok jam dah jam 5 petang, eh, kimi kena balik, sebab nak jaga adik, jadi minta diri dengan farah.

Cik Farah ni pun ada blog tau, Si Gadis Tinggi nama blog dia, jom kita terjah dan follow !


Kimi nak ucapkan terima kasih kepada Farah dan Ayza sebab sudi menerima kehadiran kimi dan Meyra untuk beraya, kita dalam berkawan harus selalu kunjung mengunjung.

Gunakanlah Hari Raya sebagai satu medium untuk melawat-lawat sahabat kita yang mungkin telah lama tidak bertukar khabar atau cerita demi memastikan perhubungan silaturrahim terus terjalin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan