Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 11 Ogos 2013

3 Syawal : Beraya di rumah Kawan !


Assalamualaikum,

Raya ke-3 kimi di ajak oleh siti iaitu sepupu kimi untuk beraya di rumah kawan sekelasnya iaitu Azrin atau nama comelnya di panggil Sumo, hehe

Mungkin mood raya masih lagi menyinari Syawal, kimi mengenakan baju Melayu yang 4 tahun lepas tak silap, haha, saja2 nak pakai, mood raya masih ada lagi, hehe



Kimi menumpang kereta teman lelaki siti untuk kesana, farah turut serta untuk berhari raya di rumah tersebut, kimi tak tahu rumah, bila sampai, punyalah jauh rumahnya !

Sumo ada buat makan-makan sikit, hidangan mee goreng dan nasi goreng dihidang kepada para tetamu yang hadir ditambah ayam goreng dan ayam masak pedas, hehe, jom kita makan !



Lepas dah siap2 makan, borak kejap dan nak balik, sebab ada rumah seterusnya, hehe

Bergambar bersama tuan rumah, hehe




Tuan rumah yang comel berbaju kuning tu, hehe, terima kasih Sumo atau Azrin sebab sudi jemput kimi untuk datang :)


2 ulasan:

  1. hamboi kiri kanan perempuan ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, sorang sepupu, sorang kawan, dua-dua dah berpunya :)

      Padam