Followers !

Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 2013 !


Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik, dah sebulan kita berpuasa, nampaknya bulan Ramadhan sudah melabuhkan tirainya untuk tahun ini.

Detik ini pasti kita semua gembira dan tidak sabar2 untuk menyambut hari lebaran pada keesokan hari, Ramadhan mengakhiri bulannya, tetapi diganti dengan Syawal.

Pastinya anak-anak kecil sedang bergelak ketawa, sedang melompat-lompat mengenangkan duit raya yang bakal dikutip pada keesokan harinya, hehe, walau puasa tak penuh, hehe

Sudah pasti, ibu-ibu dirumah sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah pada keesokan harinya dan para ayah sedang sibuk memasang langsir baru, hehe.

Di kesempatan ini, kimi mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger yang beragama Islam dan semua pembaca blog keymekeymoo.blogspot.com selama ini.

Terima kasih kimi ucapkan, tanpa sokongan anda semua, kimi tak akan sampai ke harini mempertahankan blog serba kekurangan ini.

Kepada yang balik kampung, berhati-hati dijalan raya, kalau penat atau mengantuk, bolehlah rehat sebentar di tempat-tempat seperti R&R atau stesen minyak yang berdekatan.

Walau apapun, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua !


2 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya ^^
    http://storystorynadya.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya.html

    BalasPadam