Followers !

Ahad, 18 Ogos 2013

Malam Jejak Kasih SABS bersama YUNA !

Its YUNA !

Assalamualaikum,

Malam Jejak Kasih SABS bersama Yuna telah berlangsung pada hari Sabtu (17/8/2013) bermula jam 9.00 malam agak lewat yang dijangkakan di atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan.


Kimi gerak dari rumah jam 8 malam, nak datang lewat tak boleh sebab nak periksa peserta persembahan cukup atau tak, alhamdulilah, persembahan semua ok dan cukup.

Tetapi itu cuma sementara, lepas dah semua ada, baru tinggal sekejap, eh, ada pula yang hilang, pergi tandas lah, nak makan lah, sabar jelah budak-budak ni.

Masa sampai tu, nampak dah ramai orang telah memenuhi kerus dan meja yang disediakan, juadah dan hidangan turut tersedia.



Kimi nak ambil gambar pun tak senang, kamera memang pegang, tapi tak ada masa, nasib ada cikgu kadang-kadang tolong handle budak-budak performance ni, terima kasih cikgu :)

Bahagian yang paling penting ialah, dapat bergambar dengan YUNA ! OMG ! haha, sebenarnya Yuna ni "menyorok", tak semua tahu dia ada kat mana, nasiblah kimi ni ada kena mengena untuk belakang pentas, dapat lah tahu tempat "menyorok" tu, hehe

Dapat lah ambil 2 keping, kak Yuna ni baik sangat, cantik dan sangat suka melayan peminat macam kimi ni, haha, dan kak Yuna ni tinggi tau, tapi dengan kimi sama tinggi je, hehe


Cik Fanny telah "diseludup" oleh kimi dan tasya, kalau tak, memang tak berpeluanglah nak bergambar dengan kak Yuna, hehe.

Last Minute

The Sibling -  Ex Student

Amie Natasha

Nur Atina

Silat

Jia Yee

Saiful Amri - Ex Student

Merci Band

Tarian

Persembahan demi persembahan telah menghiburkan penonton pada malam tersebut, dari nyanyian, tarian, dan persembahan band, dan persembahan istimewa yang dinanti-nantikan.



Orang dah bersorak masa Yuna naik pentas, hehe, mana tak nya, semua ke depan sebab nak ambil gambar dan rakam, kimi masa tu tengah makan sate, malas lah, tunggu masa nyanyi saja.

Yuna menyanyikan 6 buah lagu untuk malam tersebut dan 1 lagu bersama barisan koir sekolah.

1) Lullabies + Koir
2) Dan Sebenarnya
3) I Wanna Go
4) Raya Oh Yeah
5) Lelaki
6) Terukir di Bintang

Terima kasih juga kepada Yuna Band, tanpa anda semua, tidak akan berjaya persembahan Yuna, hehe, dan terima kasih kepada abang-abang PA sistem yang telah bertungkus lumus untuk melicinkan perjalanan majlis pada malam tersebut.



Majlis habis sekitar jam 12 tengah malam, dah lepas 15 minit macam tu, hujan terus turun tanpa disangkal, abang-abang PA sistem tu, terus berlari angkat barang-barang dikhuatiri terkena hujan.



Kimi pun beransur pulang ke rumah, sampai rumah dalam pukul 1 macam tu, tak sedar hari dah pagi rupanya. Balik tu memang hujan lebat sangat, sampai ke petir.

Jadi berakhirlah tugas kimi sebagai AJK Persembahan pada Malam Jejak Kasih SABS bersama Yuna, kesemua peserta telah memberikan persembahan yang terbaik dan kimi lihat penonton cukup terhibur.

*pagi ni bangun sakit satu badan, kaki dan tangan rasa lenguh-lenguh, jalan pun terhincut-hincut.


2 ulasan:

  1. terbaiklah AJK Persembahan ni... dalam sibuk-sibuk, sempat pula bergambar dengan Yuna tu....

    #mood jeles.... hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, tu pun saya curi masa sekejap, kalau tak memang tak ada harapan la akak, hehe

      #insyaallah nanti kalau ada jodoh kak mia akan jumpa Yuna,hehe

      Padam