Spice of My Life

Followers !

Halaman

29/05/2013

Reunion ? In Progress. . .

Assalamualaikum,

Macam biasa, kisah reunion ni tak akan habis bila tidak tiba masanya, jadi tinggal beberapa hari lagi untuk majlis itu akan dijalankan.

Jadi, harini ada berita baik dan mendatangkan semula mood gembira kimi kerana beberapa orang telah membuat pembayaran :)

28/05/2013

Lelaki dan Merah Jambu ?


Assalamualaikum,

Idea tercetusnya untuk entry ni apabila kimi tengok ada seorang lelaki lingkungan remaja 20-an pakai baju t-shirt warna merah jambu ! pekat pula tu warnanya.

Kecewa :(



Assalamualaikum,

Kimi ada cerita yang kimi nak buat Reunion kan, jadi reunion tu kena kutip rm10 setiap seorang untuk makan dan souvenir.

25/05/2013

Perancangan Reunion !



Assalamualaikum,

Bestnya cuti ! hari-hari membukang depan tv, haha, makan tidur, makan tidur , itu saja kerja harian kimi setakat ni.

Peperiksaan STPM Penggal 2 T.A.M.A.T !


Assalamualaikum ,

Harini (23/5) tamatlah sudah segala peperiksaan yang memenatkan, minggu ni memang minggu date dengan buku, haha. tapi segalanya sudah berakhir !

19/05/2013

Study Week ! ( STPM Penggal 2 )



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lama dah kimi tak update blog, serius cakap kan, kimi memang ada di rumah, tapi minggu exam dah dekat, jadi kimi perlu study untuk saat2 terakhir ni

Minggu depan kimi dah exam untuk penggal 2 bagi stpm, jadi memang tiada masa nak fokus untuk blogging sekarang ni, sebab hari2 memang study.

15/05/2013

Seminar Teknik Menjawab Pengajian Perniagaan :)




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Hari Selasa (14/5/2013), semua pelajar pengajian perniagaan ada seminar selepas waktu sekolah , jadi hari tu ramai pelajar yang tak balik selepas habis persekolahan.

12/05/2013

Roti Canai habis ?

Muka kecewa ! 

Assalamualaikum ,

Esok nampaknya sekolah , huwaaa , barang sekolah tak selesaikan lagi , sebelum kerja2 mengemas barang2 sekolah, kita makan dulu.

BBQ di Sungai Lembing !



Assalamualaikum ,

Minggu lepas (4/5/2013) ada plan dengan kakak kimi , dia ajak pergi berkelah dan BBQ di sebuah sungai yang kimi pun lupa namanya tetapi berada di Sungai Lembing.

Bertolak petang tak silap dalam pukul 1 macam tu , ramai yang pergi , kimi , kakak , adik , kawan adik , kawan kakak dan paling best arif join the club! haha.

11/05/2013

Kek Pelangi 5 Warna (5D) !



Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

Kimi nak share satu resipi yang dulu kimi dah buat , cuma dari segi pengolahan itu sahaja yang berbeza , kimi cuma gunakan adunan kek yang sama , tetapi bentuk yang berbeza.

09/05/2013

Lappy baru keluar "hospital" {}

Assalamualaikum ,

Alhamdulilah , lappy kimi baru keluar wad harini , hehe, lama dah dia sihat , baru nak datang sakitnya .

Sebenarnya kimi dah perasan perubahan pada laptop kimi ni selepas kimi buat PBS Sejarah dan PBS Pengajian Am , laptop jadi "hang" selalu , nak buka document pun lambat .

Lagi satu laptop ni cepat panas walaupun pakai cooler , kimi buka tak sampai 5 minit , dia punya panas , boleh masak telur sebiji . memang terbaik lah !

Nak online apatah lagi , facebook sampai tak boleh nak login , cursor punya loading , alahai , rasanya kura-kura lagi laju , bayangkanlah .

Jadi kimi tak boleh nak berbalas komen2 di blog , terutama adik2 yang bertanya tentang form 6 , baru harini kimi balas , sorry ye adik2 .



Bila di check oleh tuan kedai , dia cakap kena format balik , sebab hang tu mungkin banyak sangat guna , jadi kos format RM 30 sahaja , kebanyakan tempat standard price RM 50.

Dan pasal kes panas melampau tu , abang tu cakap , mungkin pad yang berada di dalam laptop ni atau kimi bahasakan stiker pad kimi dah haus , dan kering katanya , jadi abang tu sarankan tukar baru . Kos nya pula RM 20 , jadi semua RM 50

Bila di fikirkan balik , melayang duit kimi , RM 50 tu , kalau dikira dah murah , tapi kimi tawar menawar , hehe , cuba punya cuba dapat RM 40 , terus deal !

Alhamdulilah , lepas dah format dan tukar stiker pad tu , laptop dah ok , laju dan kimi main 1 jam laptop masih tak panas , overall berpuas hati !

Jadi  lepas ni boleh online dan update blog , banyak yang nak cerita ni :)

#junior2 form 6 dah masuk ! tugas MPPT6 !