Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 11 Mei 2013

BBQ di Sungai Lembing !



Assalamualaikum ,

Minggu lepas (4/5/2013) ada plan dengan kakak kimi , dia ajak pergi berkelah dan BBQ di sebuah sungai yang kimi pun lupa namanya tetapi berada di Sungai Lembing.

Bertolak petang tak silap dalam pukul 1 macam tu , ramai yang pergi , kimi , kakak , adik , kawan adik , kawan kakak dan paling best arif join the club! haha.


Kakak la yang suruh ajak arif , dan nasib baik arif nak ikut , bukan senang nak ajak "tuan puteri" ni keluar
tau . kerja dia duduk rumah je 24 jam.

Dah lama kami adik beradik tak pergi jalan2 macam ni , di kesempatan yang ada ni , bolehlah meluangkan masa yang ada dengan sebaiknya.


Perjalanan kami sememangnya mencabar , sebab perlu harungi hutan belantara ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak ditar . Memang kesabaran diuji.

BBQ TIME !



 Lama juga lah kami berada di situ , sambil2 berBBQ yang lain sibuk mandi sungai , sejuk sangat airnya , dingin saja , kimi tak mandi pun , rendam kaki saja dalam air , hehe.






Selepas dah siap mandi dan makan ,kemas2 untuk balik , sebelum balik snap dulu untuk kenangan , nak sampai sini lagi tak tahu la, hehe.

tak jadi , haha.

baru menjadi , arif lompat bintang , haha

Ok , itu saja perkongsian dari kimi , bye :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan