Spice of My Life

Followers !

Halaman

28/05/2013

Kecewa :(



Assalamualaikum,

Kimi ada cerita yang kimi nak buat Reunion kan, jadi reunion tu kena kutip rm10 setiap seorang untuk makan dan souvenir.

Tetapi, sehingga hari ini, tiada pun yang bayar, kimi kecewa sangat, kita ni nak tolong kumpul balik kawan2 lama, tapi tak nak bagi kerjasama.

Kimi sediakan 2 medium untuk pembayaran, cash atau bank in, sebab kimi tahu ada tinggal jauh dan susah nak bayar cash, jadi kimi sediakan bank in.

Tapi, kimi memang menjangkakan hal ini akan berlaku, bab2 duit kan, siapa pun akan liat, kimi dah pesan kat setiap chatbox setiap hari.

Kimi malas nak nak paksa2, nanti diaorang cakap kimi ni selak lah atau kimi khuatir diaorang ni serabut dengan kimi, jadi kimi pesan kat event page sahaja.


Tapi, walauapapun, kimi tak akan menyerah kalah dengan hal ini, walaupun hanya 10orang yang join dalam event ni, reunion tetap akan dijalankan !

#tidak boleh mengaku kalah sebelum berperang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan