Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 10 Mei 2013

Kek Pelangi 5 Warna (5D) !



Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

Kimi nak share satu resipi yang dulu kimi dah buat , cuma dari segi pengolahan itu sahaja yang berbeza , kimi cuma gunakan adunan kek yang sama , tetapi bentuk yang berbeza.


Sekarang ni famous la kek pelangi yang tertingakat-tingkat atau berlapis-lapis , budak2 suka la kek macam ni , nampak pelangi tu cantik , biasa orang buat 7 warna pelangi , tetapi apa kan daya , "pelangi" rumah kimi tak cukup , hehe , jadi mampu buat 5 warna sahaja.

Kek ni kimi buat khas untuk sahabat kimi , sempena hari lahir dia yang ke 19 , hari lahirnya dah lama , cuma baru2 ini berkesempatan untuk buatkan kek ini khas untuk dia.


Nak buat kek pelangi bertingkat atau berlapis ni , mudah sahaja , resipi pun kimi guna yang resipi kek pelangi yang dahulu .

Nak resipi kek pelangi 5 warna , boleh klik SINI .

Cuma perubahan disini ialah :-

1) Selepas bahagikan kek kepada warna2 tersebut , bakar di dalam bekas berasingan , kalau ada 5 warna , kena ada 5 bekas, tak boleh bakar dalam 1 bekas.

2) Semasa mahu melapis kek, letakkan krim di antara lapisan kek supaya melekat dan semasa dipotong kek tersebut tidak jatuh .

Resipi Krim Mudah dan Simple

1 cawan mentega
1 cawan gula yang telah dikisar halus
1 biji putih telur

Campurkan semua bahan dan pukul sehingga gula betul2 sebati . 
Nak tahu gula sebati atau tidak , ambil sedikit krim dan rasa dengan jari ,
 jika ada rasa berpasir , itu gula masih tidak hancur 
jika krim itu tidak berpasir , gula sudah sebati .

3) Pastikan kek betul2 sejuk sebelum dilapis dengan krim , kalau kek masih panas , krim akan cair.

4) Letakkan kek di dalam peti sejuk sebelum kek dipotong , dikhuatiri krim tidak melekat semasa kek dipotong.

Cuma itu sahaja perubahan , boleh hiaskan kek sesuka hati dan potong.



 Ok , itu sahaja perkongsian kimi untuk hari ni , moga2 boleh mencuba dan menjadi , insyaallah .


12 ulasan:

  1. wah..pandai kimi buat..boleh buat tok cik yaya ni ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe , cik yaya cuba la buat, senang saja.

      thanks :)

      Padam
  2. amboihhh..bole buat kedai kek dah ni..ajar la kimi!hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe , cita2 memang nak buka kedai kek pun .

      nanti cik bintangmalam free kita buat sama2 ok :)

      Padam
  3. Tbaek la kimi...nk stu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe , thanks effa , ngada2 tau :)

      Padam
  4. wahhhhhhhhhhhhh...... bestnye........ kek yang lain dari yang lain

    BalasPadam
  5. wahh..kecur air liur tengok kek ni time bulan puasa.

    BalasPadam
  6. wahhh...adik guna brand ape utk color cake tue? cute la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya tak ada brand, sebab brand kedai tu, cuma dia packing semula, untuk kek sesuai guna colour yang oil base :)

      Padam