Spice of My Life

Followers !

Halaman

24/03/2013

Kek Marble Pelangi :)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Harini kimi nak kongsi satu resipi kek yang mudah , kek marble yang diolah menjadi pelangi , memang tertarik kalau dilihat , sayang pula nak makan , hehe


Kimi jumpa resipi ni di myresipi.com , nama asal kek ini diberi oleh penulis ialah Rainbow Cake Tellalicious , amboi namanya , haha , tellalicious gitu !

Kalau ikutkan , dahulu kimi ada kongsikan satu resipi mak kimi , kek pelangi juga , bahan-bahan tidak jauh berbeza , boleh lihat di ---> SINI



Terima Kasih kepada faddye yang telah memperkenal resipi dari arwah ibunya sendiri , langkah boleh diambil di My Resipi atau langkah-langkah dibawah yang kimi permudahkan .

Tanpa membuang masa dan tenaga , mari kimi tunjuk satu -persatu langkah yang untuk membuat kek marble pelangi ini

Jadi mari kita mulakan !

Bahan-Bahan

Bahan A 
5 biji telur

Bahan B 
2 cawan gula
2 cawan majerin/mentega

Bahan C
3 cawan tepung naik sendiri

Pewarna
Esen vanila


Cara-Cara


1) Pukul bahan A 


2) Adun Bahan B sehingga sebati 

3) Satukan Bahan A dan Bahan B , adunkan sehingga sebati

4) Selepas sebati , campurkan Bahan C pula dan adun sehingga rata.


5) Selepas itu , boleh bahagikan adunan kepada 3 warna atau lebih , ikut kesukaan masing2



6) Letak doh ditengah-tengah dan diselang seli dengan warna berlainan , macam dalam gambar .



7) Selepas habis , boleh dibakar di dalam oven pada suhu 150C selama 1 jam

8) Selepas siap , boleh dipotong , moga-moga hasilnya seperti dibawah :)





Selepas dipotong bolehlah dihidangkan kepada tetamu atau dibuat makan oleh keluarga yang tersayang . Cuba tau ! Jangan tak cuba .

Tips dan Peringatan :

  1. Panaskan dulu oven sebelum adunan dibakar , panaskan dalam 10minit dah ok 
  2. Kimi bakar selama 1 jam macam tu , kalau ikutkan resipi asal cuma 40minit , tapi masa kimi check kek masih tak masak.
  3. Untuk memudahkan kek dikeluarkan selepas dibakar , sapukan dahulu majerin di semua bahagian bekas pembakar .


6 ulasan:

  1. Thanks Kimi....it works. We r hv great weekends with the rainbow cake i hd baked.

    BalasPadam
  2. bole ubah tak cawan tu kepade gram... sbb kalo cawan mcm susah je nak sukat mentega... cawan tu besa mane nak gune...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, boleh, tiada masalah, boleh rujuk conversion yang saya ambil dari blog kak ita :)

      http://www.azlitamasammanis.com/p/measurement.html

      Padam