Followers !

Jumaat, 22 Mac 2013

Sepetang di Mustafa Cendol !




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Petang tadi , kimi , tasya , bawani dan farhan ke Mustafa Cendol , bawani la yang cakap cendol kat situ sedap , kimi pun tak tahu sedap macam mana .

Orang cakap , tak kenal maka tak cinta , jadi , kimi pun tergerak hati nak mencuba bagaimana kesedapan cendol yang diuar-uarkan oleh bawani . haha *konon




Dalam pukul 5:30 gerak dari rumah lepas ambil tasya dulu , baru gerak , sampai pukul 6 , orang tak ramai mana , dah nampak farhan dengan bawani tercegat tunggu .

Sampai di meja , terus ada orang ambil order , bagus betul servis kat sini , cepat je , hehe , kimi order cendol campur , tasya abc , farhan cendol biasa , dan bawani cendol aiskrim .





Lepas cendol sampai , rasalah , tak adalah sedap seperti mana bawani bayangkan , biasa saja , sedap lagi yang kat depan Mobil dekat dengan rumah kimi , lepas dah rasa cendol , nampak sedap pula rojak , sebab ada banner besar , rojak ayam , rojak mee , mee goreng.

Terliur pula , suruh lah si bawani order rojak ayam ,tapi dah habis , jadi order rojak biasa saja .


Rojak sampai ! wuuhuu , komen kimi , sedap , tapi kuah agak cair dan jemput rasa masam , mungkin disebabkan tepung jemput tu yang lama , yang bestnya jemputnya rangup2 semua walaupun sedikit masam, huhu .



Jadi , lepas makan , dalam pukul 6:40 semua nak balik , tasya ada kelas pukul 7 , terpaksa balik , kira-kira dan pulang .



2 ulasan:

  1. oke.cari condol ptg nie :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha , masa panas2 ni sedap kalau pekena cendol !

      Padam